Menari sampai terselak kain, Azira De Fam dikatakan pengganti Anita Sarawak

Kehebatan penyanyi lagenda, Anita Sarawak memang tidak dapat dinafikan. Suaranya yang lantang dan kelincahan menari di atas pentas menjadi faktor utama mengapa beliau kekal menjadi seorang anak seni sehingga ke hari ini.

Di antara lagu popularnya adalah Lodeh Mak Lodeh yang memiliki rentak yang pantas dan rancak.

Baru-baru ini, penyanyi Azira Shafinaz telah menarikan lagu ini di rancangan Drop The Beat NTV7 dan mendapat respon yang hangat daripada penonton yang hadir ke program itu.

Azira yang memakai kebaya labuh merah dan berkain sarung atas lutut serta mengenakan cermin mata telah menghiburkan penonton di studio dengan sebuah versi baru bagi lagu ini. Ditambah pula dengan tariannya yang sangat energetik.

Rata-rata penonton yang menyaksikan persembahan Azira pada malam itu terpukau dengan kelincahannya beraksi di atas pentas itu.

One of my fav performancw…

Girl you on fire!

Amboi, berdarah hidung!

Demi menyelami dan menghayati lirik lagu Lodeh Mak Lodeh, Azira menyelak sedikit kainnya sewaktu miming pada baris lirik “pakai baju labuh, seluar longgar hampir terlondeh”

Tarian Azira yang mengasyikkan ini telah berjaya melayakkan beliau ke pusingan akhir Drop The Beat bersama tiga lagi artis yang lain iaitu Izzue islam, Mark Adam dan Sweet Qismina.

Bagi yang tidak mengenali gadis cantik ini, Azira merupakan salah seorang ahli kumpulan De Fam yang dianggotai oleh Cik Manggis dan Sophia Liana. Lagu mereka yang berjudul #Supergirls merupakan single mereka yang pertama.

Selain menjadi seorang penyanyi dan penari, Azira juga bergiat aktif dalam kerjaya seni yang lain seperti lakonan dan pengacaraan.

Sumber : Azira Shafinaz

Kredit; Ohmymedia


Apa Kata Anda?