“Nak Beli Susu Tak Mampu, Saya Diberi Air Sirap”- Aliff Syukri

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan kehidupannya ketika kecil sangat susah malah jauh berbeza dari sekarang.

Aliff Syukri menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya berkata sewaktu dia kecil ibu bapanya tidak mampu memberi kesenangan kepada keluarganya dan hanya hidup merempat.

Dahuulu masa kecil mak abah saya tak mampu nak bahagiakan dengan kesenangan kami hidup merempat dah besar baru senang.

“Saya tahu sebab mereka susah dan faktor perceraian,” tulisnya.

Menceritakan kehidupannya dahulu, Aliff beritahu ibunya tidak mampu untuk membeli susu ketika dia masih bayi sebaliknya hanya memberinya air sirap untuk diminum.

“Waktu baby mak saya cakap nak beli susu tak mampu, saya diberi air sirap (patut lah saya ada penyakit disleksia).

“Kami hanya tidur di lantai malah saya lahir di dalam rumah sebab tak ada duit ke hospital dan jarak yang jauh,” tulisnya lagi.

Bagaiamanpun, Aliff tidak mahu nasib yang sama berlaku kepada anak-anaknya.

“Sekarang abah tak nak benda yang sama berlaku kepada anak-anak abah,” tulisnya.

Entri tersebut mendapat perhatian peminatnya yang rata-rata kagum dengan apa yang telah dimilki Aliff sekarang.

VIDEO:

sy bukan lahir dr keluarga yg senang…. . . anak2 adalah segala galanya buat saya.. wahai anakku @yusoffalqardawi Dulu kan masa kecik2 mak abah saya tak mampu nak bahgiakan dgn kesenangan kami hidup merempat dah besar baru senang..sy tahu sbb mereka susah dan faktor perceraian..waktu bby mak sy ckp nak beli susu x mmapu sy d beri air sirap (patut lah sy ada oenyakit delkesia) dan tidur di lantai malah sy lahir di dalam rumah sbb tak ada duit kehospital dan jarak yg jauh.. skrg abah tak nak benda yg sama berlaku dekat anak2 abah.. waktu abah kecik dulu..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Foto: IG @ohabangkosmetik
Teks oleh: Syafiqah Jalal

Sumber; Gempak


Apa Kata Anda?