“Nak kutuk pun, kutuklah benda lain?” – Kecewa anak dihina netizen, Nora Danish luah perasaan di Instagram

Hati ibu mana yang tidak terkilan sekiranya anak mereka dicemuh dan dijadikan bahan ejekan oleh masyarakat, lebih-lebih lagi di dalam laman-laman sosial.

Situasi itulah yang terpaksa dihadapi oleh Nora Danish apabila anak keduanya, Mohamed Neqayl Nedim atau Ney Ney sering menjadi sasaran netizen yang menghina fizikal anaknya itu.

Nora Danish sebelum ini pernah mengaku yang beliau pernah menangis seharian apabila terbaca komen-komen berbaur penghinaan yang ditinggalkan oleh netizen pada gambar-gambar anaknya di Instagram.

Mungkin tidak tahan lagi dengan perkara tersebut, Nora kemudiannya telah meluahkan perasaannya di Instagram Stories beliau semalam.

Nora turut mempersoalkan tindakan netizen yang sering ‘menyerang’ fizikal anaknya sambil mendoakan supaya mereka yang menghina ciptaan Allah akan mendapat hidayah satu hari nanti.

Pelakon watak Puteri itu sebelum ini pernah memberitahu yang suaminya Nedim Nazri sering memujuknya supaya tidak perlu memikirkan kutukan dan penghinaan yang dilontarkan oleh netizen kepada anak mereka itu.

Sumber : ROTIKAYA / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?