“Nantikan Linda Onn Junior..Coming Soon!!”-Linda Onn Hamil, Peminat Dan Rakan Artis Ucap Tahniah

Banyak artis sekarang ni mengandung kan? Alhamdulillah rezeki yang diberikan oleh Allah. Tiada apa yang boleh dinyatakan selain rasa bersyukur atas kurniaan ini dari-Nya.

Baru-baru ini pihak KD menerima berita salah seorang DJ radio tersohor di Malaysia satu ketika dahulu sudah pun mengandung. Haa siapa lagi kalau bukan Linda Onn. Tahniah!

Sudah terlalu lama rasanya penantian saat ini ditunggukan oleh peminatnya, apatah lagi Linda Onn sendiri kan?

Berita gembira ini dikongsi oleh Linda Onn sendiri menerusi Instagramnya dengan. Linda memuat naik gambar perut dan sekeping foto kandungannya dengan menyatakan ada berita gembira untuk rakan dan peminat tersayang.

Bakal ada LO Junior!

Buat semua peminat2 dan kawan2 Linda yang tersayang. Sesuatu untuk Linda kongsikan dengan you all. The best thing in my life. Nantikan LO junior..coming soon!! Syukur Alhamdulillah. #pregnant #LOjunior

A post shared by Linda Onn (@lindaonn7) on

Ramai peminat dan rakan artis yang menngucapkan tahniah kepadanya, termasuklah Dato Siti Nurhaliza tau! Dah berhajat dah tu nak sama-sama hehe..

Respon netizen dan rakan artis..

Serina Redzuwan: Wow alhamdulillah, syukur sis!

Jaclyn Victor: Awesome babeee so happy for you.

Rebecca Nur: Alhamdulillah, congrats sis. I’m so happy for you

Datin Ziana Zain: Tahniah adikku yaaa dapat anak buah lagi..

Dato Siti Nurhaliza: Alhamdulillah, jangan lupa date kita bawak baby girl jalan-jalan hehe

 

Kredit : Kisah Dunia / ceriteradunia


Apa Kata Anda?