Netizen persoal Puteri Aishah pergi ‘gym’ ketika puasa, ini jawapan ‘simple’ beliau

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia kerana bulan tersebut dapat mengajar kita untuk menahan lapar, dahaga dan tidak terlalu mengikut nafsu (menjaga mata, lidah dan telinga). Puasa juga dapat mendekatkan diri kita untuk bermusahabah kepada Yang Maha Esa.

Alasan ‘terlalu penat/letih/tidak bermaya’ untuk melakukan sesuatu tugasan bukanlah menjadi penghalang untuk kita tidak berpuasa. Sebaliknya ia menjadikan satu kekuatan dan semangat kepada diri kita.

Misalnya, pelakon Puteri Aishah telah memuat naik sebuah video di akaun Instagramnya yang melihatkan beliau sedang work out di gym petang tadi.

Dek kerana video tersebut, telah timbul tanda tanya dari netizen yang mempersoalkan tahap energy Puteri sangat hebat bahkan sanggup melakukan aktiviti berkenaan ketika bulan puasa.

Workout session with my trainer today @shafiqazhar Light workout katanya.. ???? #putiworkout #stayhealthy #stayfit #fitnessmotivation #healthyliving #puasapungym

A post shared by Official Puteri Aishah (@puteriaishah_) on

Video tersebut telah mendapat hampir 20,000 tontonan dan 3,000 likes itu melihatkan Puteri sedang melakukan workout untuk mendapatkan body goals dan kesihatan yang baik.

Rata-rata netizen telah meninggalkan komen dalam ruangan video tersebut dengan mempersoalkan sama ada Puteri berpuasa atau sebaliknya, dan ada juga memberikan kata-kata pujian kerana pakaian yang dipakai Puteri ( T-shirt & legging panjang) tampak sopan berbanding wanita-wanita lain yang pergi ke gym dengan pakaian yang mejolok mata.

Puasa pun pergi gym.

Rajin betul pergi gym.

Bagusnya Puteri pakai baju sopan.

Tidak hanya berdiam diri, Puteri telah memberi jawapan kepada soalan-soalan yang diajukan itu

Penat, tapi tahan je la…

Sumber : Puteri Aishah  / Ohmymedia

 


Apa Kata Anda?