Peminat terkejut terserempak dengan Dua Lipa dalam pesawat MAS menuju ke KLIA

Tidak dapat dibayangkan perasaan kita sekiranya terserempak dengan artis kegemaran anda ketika berada di luar? Lebih-lebih lagi sekiranya artis itu merupakan artis terkenal daripada luar negara.

Begitulah pengalaman indah seorang penumpang penerbangan Malaysia Airlines (MAS) apabila beliau telah terserempak dengan Dua Lipa ketika menaiki pesawat itu daripada Hong Kong menuju ke KLIA semalam.

Lelaki yang dikenali sebagai Hazim Hilmi itu berkongsi perasaan teruja beliau setelah mendapati penumpang yang duduk di barisan hadapannya itu merupakan penyanyi terkenal yang berasal UK itu.

Gagal menyembunyi keterujuaan beliau, Hazim kemudiannya telah mengajak Dua Lipa untuk bergambar bersama-sama. Penyanyi pop yang hanya memakai jaket denim dengan kaca mata stylo itu turut membuat tanda peace ketika gambar mereka diambil.

Hazim kemudiannya telah berkongsi gambar beliau bersama Dua Lipa itu di laman Twitternya sebelum gambar tersebut mendapat perhatian peminat-peminat Dua Lipa di Malaysia.

Mereka kemudiannya telah mengucapkan tahniah dan turut memberitahu betapa bertuahnya Hazim kerana berpeluang untuk berjumpa dan bergambar dengan bintang antarabangsa itu.

Bagi mereka yang tidak tahu, Dua Lipa bakal mengadakan persembahan beliau pertama beliau di Malayisa yang bertempat di KL Live, Life Centre pada malam ini, 3 Mei 2018.

Dua Lipa yang sebelum ini pernah menarik perhatian ramai netizen di Malaysia setelah beliau menukar posting ucapan harijadi kepada ayah beliau gara-gara ditegur oleh peminat-peminat daripada Malaysia.

 

Sumber: Ohmymedia


Apa Kata Anda?