“Perghh meremang!..” – ‘Cover’ lagu Semakin, netizen minta Fatin Afeefa jadi penyanyi

Siapa yang menonton filem Tentang Bulan suatu ketika dahulu pasti mengenali pelakon Fatin Afeefa ini yang kini semakin bergiat aktif dengan muncul di kaca televisyen.

Namun pelakon drama Red Velvet itu bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, sebaliknya dia juga sering memiliki suara merdu denagn menyanyikan lagu Siti Sarah berjudul Semakin menggunakan nada suara yang tinggi.

VIDEO:

Ni cover kelaut namanya. This song is stuck in my head. I tried, but I can never hit her note. Siti Sarah is amazing! I loveeee her! #semakin #faalovers #sitisarah #semakincover

A post shared by Khaleesi (@fatinafeefa) on

Mungkin ramai yang tidak mengetahui kelebihan yang ada pada pelakon berusia 24 tahun ini selepas beliau memuat naik sebuah video di Instagram kerana posting tersebut telah mendapat perhatian pengikutnya.

Wow suara masa tarik tu!

Lantaran itu, peminatnya telah meninggalkan komen pada posting tersebut dengan memuji suaranya itu berbunyi merdu dan menusuk kalbu setanding dengan penyanyi asal.

Please keluarkan satu lagu!

Malah, ada juga di antara peminat Fatin meminta dia mencipta satu lagu memandangkan nada suara yang dimiliki selayakkan menjadi seorang penyanyi.

Habislah Siti Sarah…

Sumber : Fatin Afeefa / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?