Persandingan dulu penuh air mata, Fazley mahu naik pelamin lagi

Fazley mendirikan rumah tangga dengan Azrene pada 13 tahun lalu.

PENYANYI dan chef selebriti Datuk Fazley Yaakob meluahkan hasrat kepada isterinya Datin Azrene Soraya Abdul Aziz untuk bersanding kembali selepas 13 tahun mendirikan rumah tangga.

Fazley, 40, berkata, ia berikutan terlalu banyak kisah pilu dan menyedihkan yang terjadi ketika usaha mereka untuk membina masjid tidak lama dulu itu.

“Mungkin kami tak ingat kerana terlalu banyak kisah pilu, tekanan, ketakutan dan halangan demi halangan untuk kami bersanding.

“Dari hari pernikahan sehinggalah hari persandingan kami, penuh dengan titisan air mata keperitan dan kepedihan di sebalik usaha kami untuk membina masjid berlandaskan cinta sejati.

Video dimuat naik Fazley pada Isnin.

Fazley dan Azrene berkahwin pada 2007 dan perkahwinan itu penuh kontroversi apabila ibu Azreen iaitu Datin Seri Rosmah Mansor tidak merestuinya.

Azrena adalah anak Rosmah, hasil perkahwinan dengan suami terdahulu iaitu Abdul Aziz Nong Chik.

Fazley berkata, dia mahu persandingan kali ini lebih bebas dan dia boleh menjemput rakan-rakan yang tidak diboleh dijemput ketika itu.

“Saya berseloroh dengan adik sayang saya, saya tanya dia “Adik, jom kita bersanding semula nak? Supaya kali ni kita bebas bersanding dan bolehlah jemput semula semua orang yang tak dapat hadir satu ketika dahulu.

“Tak ada lagi tetamu yang ditoreh kereta kerana menghadiri majlis kita, tidak ada lagi rakan-rakan media yang takut untuk hadir ke majlis kita,” tulisnya.

Fazley dan Azrene dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, Ahmad Firudz Shah, 6 dan Alayna Selma yang kini berusia tujuh bulan.

Strange as it may seem, saya dan azrene dont really remember saat ketika kami bersanding 13 tahun yang lalu. Yang kami ingat ialah, arwah Bapak saya dan Ibu saya siapkan baju bersanding ala Minangkabau yang dibeli khusus di Bukit Tinggi, Padang, Indonesia. Semuanya kerana susur jalur keluarga kami berasal dari sana . Mungkin kami tak ingat kerana terlalu banyak kisah pilu, tekanan, ketakutan dan halangan demi halangan untuk kami bersanding. Dari hari pernikahan sehinggalah hari persandingan kami, penuh dengan titisan air mata keperitan dan kepedihan di sebalik usaha kami untuk membina masjid berlandaskan cinta sejati. . Kisah dan paparan persandingan kami dihalang bulat2, para media langsung tak di benarkan menulis tentang pernikahan dan persandingan kami. Jika ada yang menulis, mereka di buang kerja atau dipindahkan jabatan. Kesian rakan2 media… . Oh well, itu kisah lama kami.. saya berseloroh dengan adik sayang saya, saya tanya dia “Adik, jom kita bersanding semula nak? Supaya kali ni kita bebas bersanding dan bolehlah jemput semula semua orang yang tak dapat hadir satu ketika dahulu. Tak ada lagi tetamu2 kita yang ditoreh kereta kerana menghadiri majlis kita, tidak ada lagi rakan2 media yang takut untuk hadir ke majlis kita..” . Azrene menjawab tersipu malu, “ Ala Abang sayang, seganlah adik.. kita dah tua tau!” @azrene_ahmad . Hahaha saya rasa ok je.. korang rasa ok tak kalau kami bersanding sekali lagi? ???? #Berangan #TeringinNakBersandingSemula #TapiMasihDenganIsteriYangSamaOk

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Sumber: Source


Apa Kata Anda?