Petua Faizal Hussein Kekalkan Bentuk Badan Ideal Di Usia 51 Tahun… Tips No 2 Tu Memang Wow!

Pelakon Faizal Hussein tetap kelihatan segak biarpun usianya telah menginjak ke angka 51 tahun.

Mengekalkan bentuk badannya, Faizal mengamalkan beberapa petua untuk terus kekal bertenaga.

1. Minum air masak.

“Saya sering mengamalkan minum air masak untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Saya sering mengelak untuk menikmati minuman manis,” katanya.

2. Tak pernah tambah nasi.

“Saya makan semua jenis makanan. Saya juga makan nasi tetapi saya tidak pernah menambah nasi. Cukup sekadar sepinggan nasi sahaja. Biarpun lauk yang dihidangkan sedap-sedap belaka, saya tetap dengan pendirian menjamah sepinggan nasi,” kata Faizal.

3. Tak pergi gimnasium.

“Saya memang tak ke gimnasium atau pusat kecergasan. Saya hanya bersenam di rumah sahaja. Saya juga tidak mengamalkan ‘jogging’. Jika saya diberikan watak berat untuk menjayakan karakter berbentuk aksi, baru saya akan mula berlari untuk mempersiapkan diri,” katanya lagi.

Dah tengok ke belom ?

A post shared by faizalhusseinofficial (@faizalhusseinofficial) on

Dalam perkembangan terbaru, Faizal membintangi filem televisyen istimewa sempena sambutan Syawal, The Hantus yang disiarkan di Astro First Eksklusif.

The Hantus turut menampilkan Alif Satar, Hannah Delisha, Khatijah Tan dan ramai lagi ini bersiaran di Astro First Eksklusif, saluran 480 bermula 1 Syawal (15 Jun 2018).

 

Teks: Kamaruddin Razal

Foto: Cinema Online, Cinema.com.my. Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?