“Please la, kami dah lama move on!” – Baju sama dengan Nora Danish, Fasha Sandha geram ada netizen jadi ‘batu api’

Penampilan dianggap perkara yang paling penting apabila menjadi seorang selebriti, bermula dari hujung rambut sehingga hujung kaki supaya kelihatan sempurna dimata peminat yang memerhati.

Kadang kala, mereka tidak terlepas daripada tampil dengan busana yang sama seperti rakan seperjuangan di dalam industri. Tidak menjadi kesalahan, tetapi ada orang menganggap perkara itu seperti satu keaiban sekiranya memakai pakaian yang serupa!

Terbaru, pelakon serba boleh Fasha Sandha turut ditegur oleh peminat kerana tampil memakai dress hijau bermotifkan bunga yang pernah digayakan oleh Nora Danish.

#qalbutv3 ❤️

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Feeling green today. #nenostory????

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

Walau bagaimanapun, pelakon yang sedang menjalani penggambaraan drama terbaru berjudul Qalbu itu tidak berdiam diri sebaliknya memberi kenyataan berikut.

Tak pernah nampak orang pakai baju sama ke?

Saya pakai dari bulan januari lagi..

Merujuk kepada perkataan ‘move on’, seperti ramai sedia maklum, kedua-dua artis berkenaan mempunyai kisah rumah tangga apabila pernah bekas suami Fasha iaitu Jejai juga pernah mengahwini pelakon Nora Da­nish namun tiada jodoh di antara mereka.

Rata-rata pengikut Fasha di laman Instagram juga berasa geram dengan golongan yang cuba mempertikai penampilan tersebut kerana perkara itu tidak sepatutnya dijadikan sebagai isu.

Suka jaga tepi kain orang…

Artis tak boleh pakai macam orang lain ke?

Korang yang jadi batu api…

Takkan nak ‘research’ sebelum beli?

Namun ada juga yang menyuarakan pendapat bahawa tidak perlu menjadi ‘batu api’ dengan mengaitkan penampilan itu dengan Nora Danish kerana mereka berdua telah ‘move on’ dan menjalani kehidupan masing-masing dengan penuh ketenangan.

Sumber : Fasha Sandha

Kredit; Ohmymedia


Apa Kata Anda?