Ramai Terkejut, Abam Betul-betul Mahu Kurus Kali Ini. Gambar Di Gym Jadi Bukti..

Tahniah dan syabas buat pelawak Abam Bocey yang dilihat semakin bersemangat untuk menurunkan berat badannya.

Jika sebelum ini mungkin ramai yang sukar percaya dengan impian pelawak itu untuk tampil lebih kurus, namun nampaknya mereka boleh terdiam ya kali ini.

Masakan tidak, dalam perkongsian terbaharu Abam, dia menunjukkan beberapa keping gambar yang dia sedang bersenam di gym.

Wow, memang benar-benar berazam! Sudah pasti ia bukan satu jalan yang mudah namun semangat yang ditunjukkan oleh Abam ini sangat memberi inspirasi.

Peminat pun berasa teruja dan turut memuji tindakan Abam ini.

Sudah tentu mereka mahu melihat artis kesayangan mereka menjadi lebih sihat dan juga tampil segar seperti orang lain.

Open intake may 2018…..berminat boleh follow ig @fadzilsharofficial atau call 0123453425 en.fadzil…. #misimengecil #teamfadzil #youcanloseweightfromhome #teamnickhinhussien

A post shared by ABAM™ BOCEY (@abam_bocik) on

Di ruangan komen dapat dilihat para peminat tanpa henti meluahkan rasa bangga dan juga mendoakan agar Abam berjaya menguruskan badannya.

Bagi yang mengenali Abam sudah pasti turut mendoakan yang terbaik untuk dirinya. Lebih-lebih lagi kini abam sudah bergelar seorang suami dan ketua keluarga.

Apa pun semoga sukses diucapkan daripada kami!

– Sumber: IG Abam

 

Kredit: Kisah Dunia / ceritadunia.org


Apa Kata Anda?