Ringkas & sederhana, ini sekitar majlis walimatul urus pendakwah muda Da’i Wan & pasangan

Nama Wan Dazrin Wan Din atau lebih dikenali sebagai Da’i Wan bukanlah nama asing dalam dunia dakwah. Penceramah bebas dan pendakwah muda berusia 25 tahun ini agak aktif di dalam media sosial untuk menjawab permasalahan yang berkaitan dengan agama Islam.

Terbaru, jejaka mula dikenali menerusi program realiti Pendakwah Milenia musim kedua yang berasal dari Selangor itu telah selamat melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihan hatinya, Syahirah Zamzari pada 17 Mac lalu.

Majlis walimatul urus di sebelah pihak perempuan telah diadakan di Jitra, Kedah pada 18 Mac lalu manakala di sebelah pihak lelaki pula telah berlangsung di Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu. Kedua-dua majlis diraikan dengan penuh sederhana.

Jom kita lihat antara koleksi gambar majlis yang dimuat naik menerusi laman Instagram mereka. Mengenali isterinya sejak di bangku sekolah, akhirnya mereka ditemukan jodoh melalui sebuah ikatan yang sah.

Sumber : Da’i Wan , Syahirah Zamzari , Mz Hasymi

Kredit; Ohmymedia

 
 
 


Apa Kata Anda?

1 Trackback / Pingback

  1. Ringkas & sederhana, ini sekitar majlis walimatul urus pendakwah muda Da’i Wan & pasangan – Berita Vral – Citer Viral dan Unik

Comments are closed.