Saharul Ridzwan Ajak Peminat Sahut Cabaran #inmyquranchallenge

Mungkin segelintir peminat beranggapan golongan selebriti tidak mempunyai masa untuk mendalami ilmu agama tapi pelakon popular, Saharul Ridzwan membuktikan sebaliknya.

Dalam satu status yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya, @saharulridzwan, dia sejujurnya mengakui masih banyak tidak betul daripada bacaan al-Quran.

“Masih banyak yang tak betul dari segi bacaan saya, sebab tu lah kena belajar sampai bila2. Lagi2 bab Islam, lagi belajar, lagi lah kita rasa kita ni sebenarnya sangatlah daif. Tapi wajib berguru,” katanya.

Aktor popular ini turut mengajak peminat untuk bersamanya menyahut cabaran #inmyquranchallenge.

“Jom semua, kalau ada yang dah buat #inmyquranchallenge , boleh buat lagi, surah Al-Fatihah pun tak apa. kalau tekan hashtag tu, makin hari makinn banyak. Alhamdulillah,” katanya.

VIDEO:

Assalamualaikum. Khas untuk guru sy , ustaz @tarmiziabdrahman. Ingat nak post pagi tadi, tapi terus tertidur sebab penat sangat. ???? . Masih banyak yang tak betul dari segi bacaan saya, sebab tu lah kena belajar sampai bila2. Lagi2 bab Islam, lagi belajar, lagi lah kita rasa kita ni sebenarnya sangatlah daif. Tapi wajib berguru. ???? Semoga amalan kita diterima dan Allah jaga kita dari segala keburukan dunia. Amin . Jom semua, kalau ada yang dah buat #inmyquranchallenge , boleh buat lagi, surah Al-Fatihah pun tak apa. kalau tekan hashtag tu, makin hari makinn banyak. Alhamdulillah . #inmyquranchallenge #quransahabatku #alfatihahchallenge

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

Status pelakon itu mendapat sokongan positif dan ucapan tahniah daripada peminat dan netizen di media sosial.

“Tahniah… Bab mengaji ni kena berguru. Mengaji sampai mati. Sebagai pelakon buatlah yg terbaik Dan boleh dicontohi…,” kata @sitimeriam5916.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @saharulridzwan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Sumber: Gempak


Apa Kata Anda?