Saharul Ridzwan nak jadi penyanyi. Boleh jual ke?

PELAKON Saharul Ridzwan mengakui watak Shah menerusi drama Jangan Benci Cintaku berjaya menaikkan kembali namanya dalam industri hiburan tempatan.

Menyedari perkembangan positif itu, Saharul atau Mohd Saharul Ridzwan Hashim mengambil peluang untuk mengembangkan bakat seninya, kali ini dalam bidang nyanyian.

Dia baru sahaja melancarkan single pertama duet bersama komposer dan penyanyi, Ajai.

“Sekarang ramai benci Shah, jadi saya cuba untuk menukar persepsi negatif tersebut dengan melancarkan single ini.

“Saya bukan buat benda ini (lancar lagu) untuk cari publisiti, saya juga percaya akan kekuatan Ajai dan lirik yang saya hasilkan,” ujarnya kepada mStar Online.

 

Saharul, 29, berkata lagu ini telah dihasilkan sejak setahun lalu.

Menerusi single berjudul Buku Putih itu, Saharul mengetengahkan bakatnya sebagai penyanyi rap.

VIDEO:

“Kenapa saya tidak menyanyi? Kerana saya tidak suka menyanyi malah saya sedar suara saya sumbang.

“Kerana itulah saya berkerjasama denga Ajai, dia berjaya mencari kelemahan saya untuk dijadikan kelebihan,” katanya.

VIDEO:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Sumber: Mstar


Apa Kata Anda?