“Satu persatu dia tanggalkan…” – Gambar Neelofa tayang rambut di Instagram cetus tanda tanya

Menerusi daya keusahawanan dan pemikiran luar biasa, pelakon dan pengacara popular Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa berjaya menempa pelbagai kejayaan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Jadi tidak hairanlah sekiranya apa sahaja koleksi terbaru dibawah jenama Naelofar Hijab, pasti menjadi pilihan hati para hijabster diluar sana walaupun pengacara program MeleTOP itu sering dilanda pelbagai kontroversi.

Namun menerusi forum CARI, sekeping gambar Neelofa tidak menutup aurat dengan sempurna telah menjadi tular di laman forum tersebut.

Dengan tajuk ‘Tudungku Kian Terbang’, kelihatan pelakon drama bersiri Ti Amo, Sweetheart 100 Hari itu hanya memakai topi ‘hoodie sweater’ untuk menutup kepalanya sehingga ternampak helaian rambut serta lehernya.

Menerusi pemerhatian OMM, gambar seperti itu juga telah dimuat naik oleh seorang kenalannya, Suzie Adnan di laman Instagram dengan berlatar belakangkan sebuah studio.

Last Friday we had Fashion Party, later we're launching Inspirasi Cinta, the bridal fair… but in between we are shooting our inaugural GLAM Hijab with @neelofa as one of the hijab icons! Gorgeous makeup by @khirkhalid #GLAMhijab

A post shared by Suzie Adnan (@suzieadnan) on

Gambar yang dimuat naik pada minggu lalu itu kelihatan mereka sedang sibuk menjalani ‘photoshoot’ untuk sebuah majalah hijab, namun masih sempat bergambar bersama-sama.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan mengenai perkara itu daripada Neelofa. Hm biasalah, manusia tidak lepas daripada melakukan kesalahan dan kekeliruan walaupun telah bergelar seorang Hajjah.

Sumber : CARI 

Kredit; Ohmymedia

 


Apa Kata Anda?

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. “Satu Persatu Dia Tanggalkan…” – Gambar Neelofa Tayang Rambut Di Instagram Cetus Tanda Tanya – Himpunan Media!
  2. “Satu persatu dia tanggalkan…” – Gambar Neelofa tayang rambut di Instagram cetus tanda tanya – Kompak Idealist

Comments are closed.