Semakin kurus akibat sakit, bekas penyampai radio Hot FM Rafly Rahamat kini terlantar di hospital

Mungkin ramai yang tidak mengenai Rafly Rahamat, bekas penyampai radio Hot FM Terengganu dan Manis FM yang sentiasa menghiburkan hati para pendengar menerusi stesen radio berkenaan.

Namun jejaka berusia 32 tahun itu telah mengejutkan ramai pihak apabila mendapat perkhabaran bahawa penyampai radio itu telah dimasukkan ke Hospital Besar di Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Tq @nabila.razali sudi datang…. Seorang kawan yg bagus ????

A post shared by PUTIH DALAM 3 HARI (@raflyrahamat) on

Melihat keadaannya yang terlantar sakit, ramai rakan-rakan artis dan sahabatnya yang turut menziarahi serta pengikut di laman Instagram yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya agar pulih seperti biasa.

Rafly yang sebelum ini berbadan agak sasa kini kelihatan semakin kurus namun sehingga kita belum diketahui punca penyakit yang dihadapinya.

Walau bagaimanapun, kami di OMM berharap Rafly akan kembali sembuh daripada segala penyakit dan menjalani kehidupan dengan sihat walafiat.

Sumber : Rafly Rahamat

Kredit; Ohmymedia


Apa Kata Anda?