[FOTO & VIDEO] Setelah 8 tahun dalam dunia hiburan, Amyra Rosli kini tampil dengan imej ‘bob hairstyle’

Umum mengenali pelakon jelita Amyra Rosli memiliki rambut panjang menawandan licin bak sutera. isteri kepada pelakon popular, Amar Baharin kini telah tampil dengan imej terbaharu apabila beliau memotong rambut paras bahu (bob hairstyle) buat kali pertama sejak mula menceburi bidang hiburan, lapan tahun lalu.

Pelakon berusia 27 tahun itu mengambil keputusan untuk berbuat demikian kerana ingin menonjolkan wajah yang lebih fresh untuk kemunculan semula selepas mengalami masalah keguguran rambut.

Pada mulanya, Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati berasa ragu-ragu untuk memotong rambut pendek, tetapi disebabkan masalah keguguran rambut sejak melahirkan anaknya,Aqeef Anaqi pada Oktober tahun lalu, beliau tetap nekad untuk meneruskan niatnya itu (memotong rambut pendek paras bahu).

Kemunculan semula Amyra yang kini popular dengan drama Nur itu mendapat sambutan baik daripada penonton dan berasa bangga kerana dapat berkongsi layar dengan pelakon hebat seperti Fatimah Abu Bakar, Datuk Jalaludin Hassan, Noorkhiriah dan Azhan Rani.

Amyra bersama anaknya, Aqeef Anaqi.

Bersama suami, Amar Baharin.

Amyra berambut panjang satu ketika dulu.

VIDEO:

Hye.. saya & cinta hati saya colour baju raya dah matching.. kalau korg pun nk matching2 boleh dapatkan koleksi raya di @primavalet @primavalet118 @primavaletkotabharu . #PvRaya2018 #PrimaValet #Amyramar #AAA

A post shared by Madam Amar (@aamyrarosli) on

VIDEO:

Rata-rata peminat Amyra telah memberi pujian terhadap imej baharunya itu.

Walaupun dah kahwin, tapi masih cantik.

Cantiknya Myra!

Suka dengan penampilan baru Myra.

Sumber : Amyra  / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?