‘Siap berlagu macam imam..’ – Baca surah Al-Fatihah, ramai puji kesungguhan Lara Alana

Lara Alana bukan satu nama yang asing lagi dalam industri hiburan tanah air apatah lagi ibu bapanya, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya merupakan pasangan selebriti popular.

Sape cakap muka sis sebesar pinggan, baik minum je air sekarang.. #schawalaralovesmaxus @paradigmastudio

A post shared by Si Penglipur Lara (@laraalanaa) on

Setiap posting di laman Instagram miliknya yang mempunyai lebih 3.2 juta pengikut sentiasa dinantikan oleh orang ramai untuk melihat karenah dan keletah kanak cilik berusia empat tahun itu.

Terbaru, gelagat Lara sekali lagi mencuri perhatian netizen ketika membaca surah Al-Fatihah dan petikan surah Al-Baqarah bersama bapanya.

VIDEO:

Slowly but surely, inshaAllah. Amin!

A post shared by Si Penglipur Lara (@laraalanaa) on

Rakaman video berdurasi hampir satu minit itu telah dihujani pelbagai reaksi positif netizen yang rata-rata memuji kesungguhan Lara untuk membaca walaupun masih pelat dan tidak lancar.

Namun tidak kurang ada juga yang terhibur apabila mendengar gelak ketawanya di hujung video tersebut yang kedengaran tidak ubah seperti ibunya.

Bijak, pandai & comel!

Anak solehah! Macam imam kat masjid…

Part last tuuu, sebijik macam mummy dia!

Sumber : Lara Alana / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?