Solat Ketika Kereta Sedang Bergerak: “Itu Urusan Saya Dengan Allah” – Fathia Latiff

Pelakon sensasi, Fathia Latiff menyifatkan solat yang dikerjakannya dalam kereta sewaktu sedang dalam perjalanan ke majlis pertunjukkan fesyen hub, PrimaValet di Hotel Majestic, Kuala Lumpur sebagai urusannya dengan Allah.

Bagaimanapun Fathia pada masa sama turut menjelaskan, dia tidak sedar dirinya sedang dirakam saat mendirikan solat oleh rakannya, iaitu seorang penggaya rambut terkenal.

Sedutan tersebut telah dimuat naik penggaya rambut berekaan menerusi Insta Stories miliknya, @ridzokumura.

“Saya solat kerana Allah dan saya tidak tahu aksi dirakam,” katanya ringkas kepada MH. Hadir sama menemaninya di majlis berkenaan ialah penggaya rambut yang dimaksudkan.

Terdahulu, kelakuan Fathia saat mengerjakan solat dalam kereta yang sudah pun mencetuskan hangat di media sosial sekali gus menjadi bualan ramai.

Solat Ketika Kereta Sedang Bergerak:

Ada yang memberi pandangan, adalah baik jika pelakon tersebut singgah di surau berhampiran untuk menunaikan solat.

ni video berkenaan:

Menerusi laporan dari portal mStar, melakukan solat fardu dalam kenderaan dibolehkan dengan syarat seseorang itu benar-benar berhadapan dengan kesukaran iaitu kegagalan mencari tempat bersesuaian menunaikan solat selain perlu menghadap kiblat dan dalam keadaan berwuduk.

Namun jika tidak dapat menghadap kiblat atas sebab-sebab tertentu, maka seseorang itu perlu menyakini telah menghadap ke arah kiblat.

Untuk keterangan lanjut, kita tunggu ahli agamawan untuk mengulas tentang hal ini lebih lanjut.

Apapun, tahniah buat Fathia latiff yang tak lupa untuk melakukan perkara wajib walaupun sibuk dengan urusan dunia. 

 

Sumber: Mstar

Sumber: Sumber


Apa Kata Anda?