‘Sory Abah’ – Netizen Sedih & Doakan Yang Terbaik Buat Khairy Jamaluddin!

Seperti yang semua tahu, awal pagi tadi negara telah mencipta satu sejarah besar apabila kerajaan Malaysia bertukar arah angin setelah sekian lama memonopoli dunia politik negara.

Secara tidak langsung perkara ini juga memberi kesan terhadap salah seorang parti politik yang terkenal di kalangan orang muda iaitu Khairy Jamaluddin.

Melalui Twitter, Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ atau mesra dengan panggilan “Abah” berterima kasih kepada semua penggundi yang melaksanakan tanggungjawab kepada negara dan akui suara rakyat adalah keramat

 

Simpati dengan perubahan yang dilalui KJ, ramai netizen memberi kata semangat kepadanya dan meminta maaf kerana terpaksa melakukan perubahan seperti ini.

Bukan itu sahaja, ada juga yang tidak lepaskan peluang mengusik KJ dan mencadangkan KJ untuk mula menjinakkan diri di dalam dunia lakonan…

Aduh, macam-macam lah mereka ni, tetapi tersentuh hati juga bila lihat mereka semua tetap positif berterima kasih kepada KJ.

 

Sumber: MH


Apa Kata Anda?