
Sambutan Aidilfitri tahun ini mungkin berbeza buat pelakon Shaheizy Sam sekeluarga apabila berpeluang ke Rusia untuk menyaksikan kehangatan Piala Dunia 2018.
Berlepas ke negara bekas Soviet berkenaan sejak 9 Syawal lalu, pelakon yang sedang berehat selepas selesai menjalani penggambaran filem Polis Evo 2 itu tidak lupa berkongsi pengalaman sepanjang berada di sana.
Beberapa posting dimuat naik di laman Instagram miliknya ketika menonton pasukan Argentina melawan Nigeria di Stadium Saint Petersburg awal pagi tadi.
Misi ke Russia!
Seronok dengan keluarga tersayang!
Gooolllll dari Messi!!!
VIDEO:
Team Argentina!
Kasi selfie satu kali!
Namun paling menarik perhatian, sebuah posting gambarnya dengan Jalur Gemilang serta kata-kata semangat buat tanah air tercinta.
Menurut Sam, tidak mustahil sekiranya satu hari nanti Malaysia akan turut menyertai kejohanan Piala Dunia cuba hanya memerlukan kepercayaan buat pasukan bola sepak negara ini.
Hantar bendera je dulu!
“Iceland yang population hanya 1% dari Malaysia pun boleh masuk World Cup, tak mustahil la Malaysia pun boleh masuk satu hari nanti.
“Percaya, usaha dan doakan yang terbaik, Insya Allah. Oleh itu, saya wakil dari Malaysia akan hantar bendera je dulu masuk World Cup, next time pasukan kita plak masuk, ok?!! Amin,” katanya.
Sumber : Shaheizy Sam / Ohbulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady