“Tak suka pemutih kulit dan tak pakai kanta lekap berwarna…”-Nabila Huda lebih suka jadi diri sendiri

Sebagai seorang selebriti dan public figure yang sering menjadi tumpuan masyarakat, mereka amat menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan imej kerana perlu berdepan dengan orang ramai.

Tetapi, lain pula bagi seorang artis ini yang merupakan anak kepada Amy Search iaitu Nabila Huda atau mesra dengan panggilan Abil. Tampil dengan gaya tersendiri, beliau tidak mudah melenting terhadap persepsi masyarakat yang mengatakan bahawa beliau berkulit gelap dan tidak memandang terlalu serius mengenai kecantikan.

Terbaru, beliau telah memuat naik sebuah gambar beserta kapsyen di akaun Instagaramnya dengan menyatakan bahawa beliau tidak mengambil sebarang pil/vitamin untuk memutihkan kulit kerana beliau gembira dengan apa yang ada dalam dirinya itu.

Saya tak makan pill putih kan kulit dalam masa 3 hari,Saya tak buat drip vitamin abcdefuckoff,i don’t drink water,I hate water!???? Saya tak buat crowning Gigi bagi putih,Saya tak pluck my eyebrows,Saya tak pakai product kt muka,Saya tak makan suppliment,Saya tak exercise,Saya letak batang sikit Kat hidung bagi Mancung sikit Kat hatyai ???? (no way!ini hidung Pak Amy ok!)Saya tak suka make up kecuali pakai my favourite posetint by @benefitmalaysia ❤️ Saya paling Benci pakai contact lens warna-warni sebab rasa macam plastic sangat muka,except Kalau kerja tak boleh pakai specs Rabun kena pakai lens yang ada colour sebab penah ada kejadian yang transparent tu hilang dalam mata almost a week.????????‍♀️ Saya tak panjang kan dagu,Saya tak kisah ada double chin,I don’t care if I’m chubby.Perut saya boncit macam pregnant.Saya tak kisah Kalau Saya ada eyebag,dah nampak wrinkles.Oh ya,I eat a lot.I don’t eat healthy food cuz I love rice.I takkan betray nasi makan healthy food.???? So korang kena stop rasa insecure dengan diri okay?Semua wanita sangat cantik!Be confident!Jangan cuba jadi orang lain..never!Ok now apa kata korang selfie without make up,and tag me.tunjukkan kecantikan asli korang..???? #yourebeautifuljustthewayyouare

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Menerusi gambar yang dimuat naik Abil itu, beliau tidak mengamalkan sebarang tips kecantikan seperti pengamblan vitamin untuk memutihkan kulit, crowning gigi, tidak memakai kanta lekap bewarna dan tidak membuat pembedahan plastik bagi memancungkan hidungnya.

Gambar tersebut telah mendapat 68,000 likes itu dan rata-rata netizen bersetuju dengan Abil yang tampil dengan gaya tersendiri dan bersikap sederhana.

Abil tetap cantik dan jadi diri sendiri.

Abil jadi diri sendiri.

Abil benci pakai contact lens warna-warni sebab rasa macam plastik.

Abil menafikan bahawa dia tidak memanjang kan dagu.

 

Sumber: Ohmymedia


Apa Kata Anda?