Tambah Anak? Hari-Hari Nabil ‘Cuba’, Tapi…

ISTERI kepada pelawak Nabil Ahmad iaitu Nazirah Ayub atau Zira tanpa berselindung mendedahkan perangai sebenar suaminya itu.

Menurut Zira, Nabil merupakan seorang suami yang tidak banyak ragam dan tidak mudah merajuk.

“Nabil tak kuat merajuk, kalau ada masalah, kami akan selesaikan secepat mungkin. Tak mahu perkara itu berlarutan.

Nabil suka berjenaka dan tak banyak ragam.

“Saya pun kalau merajuk tak lama, kami saling bertolak-ansur dan tak mahu ambil serius benda remeh.

“Antara kami siapa lagi garang? kalau tanya anak, mereka akan kata daddy (Nabil) lagi garang,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Nabil berkata dia dan isteri sudah bersedia untuk menambah cahaya mata ketiga dalam masa terdekat.

Pasangan bahagia, Nabil dan Zira bersama anak mereka.

“Memandangkan anak kedua kami sudah masuk tiga tahun, saya dan isteri sudah bersedia untuk menambah zuriat lagi. Insya-Allah kalau rezeki itu sampai kami terima dengan hati terbuka.

“Hari-hari saya ‘cuba’ tapi belum sangkut lagi, doa-doakan lah ya,” selorohnya yang mengimpikan tujuh orang cahaya mata.

Sebelum ini, mStar Online pada Selasa melaporkan, pengacara program Gegar Vaganza ini tidak pernah terfikir untuk berpoligami atau menduakan isterinya itu.

Nabil dan Zira sudah bersedia untuk tambah zuriat lagi.

Nabil berkata, dia menyedari kekurangan diri dan berasakan kehadiran wanita itu sudah cukup melengkapi hidup mereka sekeluarga.

Pasangan ini berkahwin pada 30 September 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan bernama Naira Mikayla, 6, dan Leyla Medyna, 3 tahun.

VIDEO : 

 

 

Sumber : mStar


Apa Kata Anda?

1 Trackback / Pingback

  1. Tambah Anak? Hari-Hari Nabil ‘Cuba’, Tapi… – Ceritaviralhq

Comments are closed.