Terkedu, bisu tidak bersuara, reaksi ‘priceless Hans Isaac ‘diprank’ Neelofa buat peminat terhibur

Konsert Baik Punya Konsert 4D yang berlangsung di Istana Budaya baru-baru ini telah menyaksikan gandingan empat orang selebriti otai, Dato’ Hans Isaac, Dato’ Afdlin Shauki, Dato’ AC Mizal dan Dato’ Awie beraksi di atas pentas.

Selain daripada gandingan selebriti berpangkat Datuk ini, penonton turut terhibur melihat reaksi Hans Isaac ketika dikejutkan dengan kehadiran Neefola di atas pentas.

Hans yang ketika itu sedang menyampaikan lagu Kau Ilhamku sebelum Neelofa menaiki pentas dan duduk di bahagian sisi pentas utama sebelum dihampiri oleh Hans.

Gagal menghidu yang dirinya itu bakal dikenakan oleh rakan-rakan yang lain, Hans ibarat masuk ke dalam perangkap telah menghampiri gadis tersebut sebelum menyedari gadis itu adalah Neelofa.

Terkejut melihat Neelofa berada di hadapan matanya, Hans terus terkedu, bisu dan tidak bersuara seketika sebelum kembali menyanyi beberapa minit kemudian meskipun dilihat seperti mengalami kesukaran.

VIDEO;

Siap melutut lagi!

Tindakan Hans yang melutut di sebelah Neelofa sambil menyanyikan lagu tersebut dan respon Neelofa yang tersipu malu telah membuatkan lebih ramai penonton lagi yang teruja dengan aksi mereka itu.

VIDEO:

Nak tunjuk tangan dekat siapa tu Hans? hehe

Sweetnya!

Berikutan itu, rata-rata pengguna media sosial yang menonton video tersebut berpendapat yang mereka kelihatan sangat secocok dan malah ada juga memuji sikap professional mereka kerana tidak bermusuhan walaupun hubungan mereka sudah pun berakhir.

Professionalnya!

Sekitar tahun 2011, terdapat desas-desus yang mengatakan pelakon Neelofa pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Dato’ Hans Isaac, namun perhubungan ini dikatakan terputus di tengah jalan tanpa sebarang berita.

Suka tengok video ni!

Sumber : @classyrina / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?