‘Teruja tengok Ronaldo depan mata!..’ – Walaupun tak raya, Janna Nick gembira tonton Piala Dunia!

Mungkin ini tahun pertama buat pelakon dan penyanyi Janna Nick berjauhan dengan keluarga tercinta sempena meraikan Syawal apabila ditaja bagi menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 di Russia.

Menurut laporan HM Online, pelakon drama bersiri My Coffee Prince itu sangat gembira apabila melihat sendiri bintang bola sepak idolanya, Cristiano Ronaldo beraksi di depan mata ketika Portugal menentang Sepanyol baru-baru ini.

Penyanyi lagu Akan Bercinta itu berkata, ia merupakan pengalaman yang sukar untuk dilupakan kerana telah meminati sukan bola sepak semenjak kecil lagi.

Tambah pengacara program hiburan Melodi itu lagi, walaupun perasaan bercampur baur kerana terpaksa menyambut Aidilfitri di luar negara, tetapi masih ada kenangan yang manis untuk dibawa pulang ke tanah air pada Isnin lalu.

Messi down la tu sebab I tak teman Dia… #vivoXjannanick #vivomalaysia #fifaworldcup

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

Janna berlepas ke Moscow pada 11 Jun lalu ditemani adiknya, Nurul Balqish, jurumekap Sharhim Khan dan seorang wakil daripada syarikat pengurusannya, LOL Entertainment serta ditaja oleh jenama telefon pintar, Vivo.

Rata-rata pengikutnya di laman Instagram menyifatkan Janna sangat bertuah dan beruntung kerana berpeluang menjadi salah seorang penonton perlawanan bola sepak terkemuka itu.

Untung la, sakan semacam!

Syok la depan mata!

Bertuah sangat Janna!

Sumber : Janna Nick , HM Online , Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?