Teruk Fazura ‘Dikenakan’ oleh Fattah Amin dah tau Isteri tu suka makan lagi nak menyakat..

Jom kita saksikan kisah cerita Fazura. Sebelum kita memulakan jom kita lihat penerangan siapakah beliau ini.

Nur Fazura binti Sharifuddin (lahir 27 September 1983) atau lebih dikenali sebagai Nur Fazura (beliau juga dikreditkan sebagai Fazura Sharifuddin atau Fazura sahaja) merupakan pelakon, pengacara, model, penyanyi dan VJ wanita.

Fattah Amin (lahir Abdul Fattah Bin Mohd Amin, 14 September 1990) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula meraih kemasyhuran sebagai finalis Hero Remaja ..

Fazura memakai baju warna hitam.Fattah Amin dan Fazura mereka pergi ke kedai makan.Sudah mereka sampai Fattah Amin kata pada Fazura dah sampaikan haha jom kita balik mari pulang.

Fazura tarik tangan Fattah Amin.Fattah kata dah sampai dah.Jom balik .hahaha.Fazura duduk di kerusi meja makan dah pilih menu untuk makan.

Fazura kata Dasha Sultan ke?hai ,manis nya.Fazura kata pakai jumper jugak terima kasih lah Support.

.semoga anda terus terhibur dengan kisah cerita ini ,tontonlah cerita ini sampai ke penhujungnya supaya anda ketahui jalan cerita ini.

Terima kasih kerana sudi menonton kisah cerita yang dipaparkan sekian.

Sila tonton video:

Sumber : dharian

Sementara itu, Ini komen Fazura tidak dicalonkan couple meletop Anugerah meletop era.

Pelakon, Nur Fazura Sharifuddin, tidak berasa ralat apabila nama beliau dan suami, Fattah Amin, tidak dicalonkan dalam kategori Couple Meletop pada Anugerah Meletop Era 2018 (AME2018) yang bakal berlangsung 8 April depan.

Menurut Fazura, 34, ada banyak perkara lebih penting untuk difokuskan berbanding memikirkan perkara yang disifatkan sebagai remeh-temeh itu.

“Jujurnya, saya tidak kisah pun sama ada dicalonkan atau tidak. Pada saya, isu ini remeh-temeh.

“Saya tak kisah pun tak dicalonkan dan peminat tidak perlu risau kerana saya okay sahaja dengan perkara itu.

“Isu itu remeh temeh dan lebih baik saya fokus kepada memperbaiki lakonan dan peningkatan kerjaya saya,” katanya ketika ditemui pada tayangan perdana filem televisyen Janji Zehan di The Gardens pada Isnin.

Fazura berkata demikian sebagai mengulas isu kekecohan yang dibangkitkan peminat apabila namanya dan Fattah tidak tersenarai pada anugerah tersebut sehingga menimbulkan persoalan mereka.

Menurut pihak Astro, kelayakan untuk dipilih dalam kategori itu dikira bagi pasangan yang berumah tangga dari tempoh 6 November 2016 sehingga 6 November 2017.

Bagaimanapun Fattah dan Fazura bernikah pada 27 November 2017 iaitu melepasi syarat sah penyertaan.

Namun mereka layak dicalonkan bagi anugerah itu pada tahun depan.

Fattah Amin Penyabar

Dalam pada itu bercakap mengenai rumah tangganya dengan Fattah, Fazura berkata, mereka masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing memandangkan mereka bercinta selepas berkahwin.

Sepanjang tiga bulan berkahwin kata Fazura, dia kagum dengan sikap penyabar Fattah selain suami dia itu sentiasa menyokongnya.

Fazura bersyukur mendapat suami penyabar seperti Fattah.

“Dia bukan seorang yang suka menekan saya dan untuk itu saya sangat menyenanginya.

“Kami berkahwin pun selepas enam bulan bercinta dan secara dasarnya kami bercinta selepas berkahwin dan Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik.

“Saya juga mendapati Fattah sangat penyabar orangnya walaupun banyak perkara yang terjadi tetapi dia masih boleh memaafkan,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai Janji Zehan, Fazura berkata, ia mengangkat kisah pasangan baru berkahwin dengan latar belakang dan budaya berbeza.

Katanya, ia pengalaman baru buatnya kerana ia menampilkan jalan cerita berlainan selain ia menjalani penggambaran di Iran.

“Projek ini memang seronok dan saya tak fikir panjang untuk lakukannya apabila ditawarkan oleh pengarahnya Bernard Chauly.

“Jalan ceritanya juga berbeza tambahan ia menampilkan dua budaya dalam sebuah cerita,” katanya.

Selain Fazura ia turut terlibat ialah pelakon dari Iran iaitu Amir Rezazadeh yang menjalani penggambaran sepenuhnya di negara itu.

Ia bakal disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif (480) bermula 14 Februari ini.

Kredit : mstar / berita harian


Apa Kata Anda?