Tiada simptom hamil, Amyra Rosli nafi bakal dapat anak kedua

Beberapa hari lalu, ada desas desus mengatakan pelakon jelita Amyra Rosli sedang menghamilkan cahaya mata kedua setelah didedahkan oleh pelakon Julia Ziegler di InstaStory mereka.

Namun menurut pelakon drama bersiri Nur itu, terdapat salah faham dengan gambar yang dikongsi mereka dengan menjelaskan bahawa Julia Ziegler yang bakal menimang cahaya mata.

Siapa cakap i mengandung?

Mana ada mengandung…

Isteri kepada pelakon Amar Baharin ini berkata, berita kehamilan itu tidak benar sama sekali kerana tidak mempunyai simptom seperti ibu mengandung.

Takde tanda-tanda hamil pun…

Sis Julia yang mengandung!

Apabila ditanya mengenai reaksi suaminya berhubung berita kehamilan berkenaan, Amyra berkata suaminya yang juga pelakon drama Akadku Yang Terakhir itu hanya terkedu.

Amyra berkata demikian ketika menjawab soalan daripada peminat dan pengikutnya yang bertanya menerusi fungsi pertanyaan di InstaStory.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia sembilan bulan.

Sumber : Amyra Rosli / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?