Tidak dapat hadir ke majlis hari jadi bapa mertua, ini ucapan ‘sweet’ Nur Fazura

Malam tadi merupakan hari bersejarah buat keluarga Fattzura (Fattah Amin & Nur Fazura) kerana telah menyambut ulang tahun hari jadi bapa Fattah iaitu Mohd Amin Musa.

Majlis yang berlangsung secara sederhana itu diadakan di sebuah restoran Kejora, milik pengacara terkenal, AG Azmeer yang teletak di Star Avenue, Subang Bestari. Majlis tersebut dihadiri oleh saudara-mara dan rakan-rakan terdekat.

Meskipun Fazura tidak dapat hadir bersama ke majlis tersebut atas urusan tertentu, namun pelakon jelita itu telah memuat naik video di akaun Instagramnya dengan memberikan ucapan kepada bapa mertuanya itu.

VIDEO:

Video berdurasi 15 saat itu melihatkan Fazura memberi ucapan ringkas dan bermakna kepada bapa mertuanya itu.

Fattah Amin juga telah memuat naik video majlis harijadi ayahnya itu di Instagram Stories.

Selamat hari jadi, Encik Amin.

Fattah suap kek ke mulut ayah kesayangan.

Bersama keluarga tercinta.

Restoran Kejora milik AG yang terletak di Subang Bestari.

Sumber : Fattah Amin / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?