Unik dan berbeza, negara India jadi destinasi bulan madu Dayah Bakar & suami

Bulan madu adalah sebuah tradisi percutian yang sering dilakukan oleh pasangan pengantin untuk meraikan perkahwinan mereka. Malah, momen inilah yang paling dinantikan untuk meluangkan masa bersama cinta hati masing-masing.

Untuk menjadikan bulan madu sebagai kenangan terindah, sesetengah pasangan akan memilih untuk ke luar negara yang mempunyai pemandangan serta keindahan jauh dari kesibukkan kota.

Beberapa minggu lalu, pengacara dan penyanyi Dayah Bakar yang baru saja sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Muhamad Hanif Hamidi telah memilih negara India sebagai destinasi bulan madu romantik mereka.

VIDEO:

“This guy came to me , and bravely asked if he can take a picture with me .

I said “ Picture” ? Well , why just a picture if I can picture my lifetime with you ? “

Okay Dayah cheesyyyyyyy ????

#dayahanif#dbvideolog#DayaHaniftoIncredibleIndia,” tulisnya.

Para pengikutnya di Instagram tidak ketinggalan memenuhi ruangan komen yang mengatakan pilihan destinasi penyanyi berusia 29 tahun itu sangat indah dan bertuah dapat menjejaki negara tersebut.

Cantiknya kat India…

Selamat bercuti Kak Dayah!

Bersemut…

Yang mana dah nak kahwin tu, dah boleh kumpul duit dan membuat perancangan bersama bakal pasangan untuk pergi bulan madu di India. Boleh la tunggang kuda macam Dayah kan.. Heheh!

Sumber : Dayah Bakar / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?