[VIDEO] Azal Silap Ibu..! Betapa Rasa Bersalahnya Dia Buat Ibu Sedih! -Lucu Habis! !

Setiap ibu dalam dunia ini memiliki satu aura kasih sayang yang luar biasa. Apa tidaknya, sedegil-degil anak atau sejahat-jahat anaknya, seorang ibu masih tetap menyanyangi anaknya. Kasih sayang, pengorbanan, dan kudrat yang dicurahkan kepada anak itu sepanjang hayatnya.

Pelakon dan juga ibu tunggal yang gigih membesarkan dua anak yang mempunyai penyakit autisme, Zarina Zainuddin tidak memandang perkara ini sebagai satu bebanan yang ditanggung. Baginya, anak adalah anugerah walaupun sifatnya tidak sempurna dan dia tetap menjalankan tanggungjawab dengan membesarkan dua anak kembarnya, Azal dan Azil.

Walaupun sibuk menguruskan bisnes pulut kuningnya, dia tetap meluangkan masa bersama dengan Azal dan Azil. Baru-baru ini, gelagat Azal dalam kereta bersama dengan Zarina telah mencuri perhatian netizen. Zarina telah memuatnaik satu video dia bersama dengan Azal dan video tersebut telah meraih lebih 200K tontonan di laman media sosial Instagram. Malah, video itu telah dimuatnaik beserta dengan kaspyen “Ibu syantik kat majalah lama.. Huhu.. Azal oh azal taknak kawan lah..”

Siapa sangka seorang ibu yang serius dengan karier dalam lakonan dan bisnes, rupa-rupanya kuat menyakat anaknya. Pandai betul Zarina bergurau dengan Azal dalam kereta. Lucunya apabila Zarina bertanya dekat anaknya, ibu cantik dekat mana? Jawapan Azal memang win apabila dia menjawab ibu cantik dekat majalah lama.

Zarina yang dengar berpura-pura menangis. Pandai betul dia kenakan anaknya. Azal mula kelam kabut cakap ibunya tetap cantik.

Rata-rata netizen telah memberikan pelbagai reaksi dan komen terhadap video Zarina dan Azal di laman Instagram. Netizen terhibur melihat cara Zarina menyakat Azal. Malah, ada netizen yang seronok melihat dua beranak ini sama-sama bergurau.

Video:

#part3 Ibu syantik kat majalah lama.. Huhu.. Azal oh azal taknak kawan lah.. ????

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Sumber: KisahDunia / Soyalemon

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?