[VIDEO] “Be Ourselves.. Jangan Stress, Lantak Pi Kat Depa Nak Buat Apa, Janji Kita Stay Positive.. Haa Tepuk!” – Sharifah Sakinah

Nama pelakon, pelawak dan pengacara Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired atau lebih dikenali sebagai Sharifah Sakinah semakin mendapat perhatian netizen. Bukan sahaja berbakat besar dapat bidang lakonan, malah gelagatnya yang lucu seperti ‘bimbo’ di media sosial berjaya mencuit hati netizen. Terhibur!

Mempunyai susuk tubuh yang cantik dan tinggi, Sharifah Sakinah sinonim dengan artis yang menjaga susuk tubuh dan pemakanan tidak hairanlah mampu menjadi ikon kepada netizen untuk tampil cantik dan sihat.

 

Siapa yang tidak mengenali kelantangannya bersuara, sebelum ini Sharifah Sakinah pernah memuat naik video memerli Neelofa dalam Anugerah Meletop menjadi tular. Rata-rata netizen terhibur dan menyokong Sharifah Sakinah.

Minggu lepas, sekali lagi Sharifah Sakinah  mem’basuh’ selebriti-selebriti tanah air yang menjual produk kecantikkan menerusi story instagram miliknya dengan menggunakan trademark ‘Haaaa Tepuk’ menerusi teledrama ‘Bini aku dari…’. Lawak!

Tambahnya lagi, tiada masalah sekiranya mereka ikhlas, menjual produk yang bagus dan servis yang memuaskan pelanggan. Dia turut menyokong di antara satu sama lain.

“Selebriti malaysia, buat treat putih, lepastu keluar produk putih.. Haa tepuk!”

VIDEO :

Sharifah Sakinah mendapat sokongan ramai dikalangan peminat mahupun netizen diluar sana sehinggakan ramai yang membuat parodi tentangnya memerli selebriti-selebriti tersebut. Sebagai tanda sokongan, Sakinah sekali lagi memuat naik video mengenai perkara ini.

This is your new sprit animal

VIDEO :

Video berdurasi 26 saat itu ditonton lebih 380 ribu kali di laman Instagram milik Sharifah Sakinah sendiri.

Saya pun nak buat benda ni dekat office

‘Haa Tepuk’ dah jadi tagline kitaorang kat sekolah

Yup be ourselves haha haa tepuk

Teks oleh : Staf Soya Lemon

 

Sumber : Instagram Sharifah Sakinah

SoyaLemon.ORG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?