[VIDEO] “Bersyukur La Dengan Apa Yang Kita Ada,” – Emma Maembong ‘Kongsi Kasih’ Dengan Siapa Tu?…

Terbaru drama Awak Suka Saya Tak?, Emma Maembong baru-baru ini sempat meluangkan masa melawat pesakit kanak-kanak bersama kelab peminatnya, @emanizers.

 

Menerusi akaun Instagram, dia kelihatan begitu teruja bersama pesakit-pesakit dan berbual bersama mereka.

VIDEO:

Malah, Emma turut menyatakan rasa syukur kerana dia masih mampu dan berpeluang membantu insan yang memerlukan.

“Bersyukur la dengan apa kita ada. Kalau boleh dan mampu kita bantu yang lain. #EMkongsiKasih #emmamaebong #emmanizers @emanizers,” tulisnya di Instagram.

Bukan itu sahaja, kelab peminat emanizers juga berkongsi gambar serta video aktiviti-aktiviti yang diadakan di sekitar wad tersebut menerusi akaun Instagram.

Sementara itu, program tersebut mendapat pujian dan sokongan daripada netizen.

 

Min doakan agar emma dan kelabnya terus istiqamah dalam membuat kebaikan.

Foto : Instagram Emma Maembong dan emanizers

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Sumber: MH


Apa Kata Anda?