[VIDEO] Dah Puas Badan Besar, Sherry Kini Nekad Mahu Pasang Badan

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelawak, pelakon, dan pengacara TV terkenal Malaysia, Sherry Alhadad. Sherry sering dikategorikan sebagai wanita yang comel dan chubbby. Namun begitu, itu semua bakal berubah.

Baru-baru ini Sherry memuat naik beberapa video menunjukkan dirinya sedang melakukan beberapa rutin senaman bagi menurunkan berat badan. Netizen juga turut menyedari perubahan badan Sherry di ruangan komen.

Memperkenalkan senaman membajak sawah!

VIDEO :

Senaman yang dilakukan oleh Sherry ini sering digunakan oleh atlet-atlet sukan lasak yang lain seperti ragbi. Senaman seperti ini boleh dikira agak mencabar walaupun dilakukan oleh lelaki yang ‘fit’. Kuat juga ya Sherry ni.

Bukan itu sahaja, Sherry juga turut melakukan beberapa senaman lain seperti jogging dan squat.

Sherry hits the gym guys!

VIDEO :

Dengan hashtag #sherryhitsthegym, video ini menunjukkan kesungguhan Sherry dalam menurunkan berat badannya. Senaman yang dilakukan oleh Sherry ini sangat bagus untuk toning badan di bahagian kaki dan pinggul.

Walaupun kelihatan agak susah dan penuh sengsara, Sherry pasti akan mendapat tubuh badan yang diidami sekiranya dia konsisten dalam melakukan senaman ini.

Laju ke tu lari?

VIDEO : 

Jogging juga boleh membantu Sherry dalam membakar lemak badan. Jogging merupakan senaman kardiovaskular yang akan meningkatkan kadar degupan jantung yang sememangnya terbukti mampu membantu proses pembakaran lemak.

Sherry menjadi sumber inspirasi peminat

Wah, macam ni lah yang kita mahukan dari selebriti tempatan, melakukan perkara yang positif seterusnya memberi inspirasi kepada peminat untuk mengikut jejak langkah tersebut.

Semoga Sherry Alhadad konsisten dan berjaya dalam menguruskan berat badan. Tidak lupa juga kepada peminat-peminat yang ingin mengikut jejak langkah Sherry, teruskan usaha anda. Jangan sampai kantoi separuh jalan ya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: Sherry Alhadad via OhMyMedia


Apa Kata Anda?