
Pelakon cantik dan manis, Sari Yanti yang pernah popular dengan sitkom sulungnya ‘Kisah Kaisara’ mula dikenali ramai dalam industri seni. Sari yanti merupakan isteri kepada pelawak, pelakon, dan penyampai radio Sinar FM terkenal, Jep Sepahtu. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan seorang cahaya mata, Dariya Inara atau nama manjanya dipanggil sebagai Eya.
Puteri kesayangan Sari Yanti dan Jep Sepahtu kini baru berusia dalam dua bulan. Telatah comel Dariya sentiasa memikat hati netizen yang sentiasa menanti perkembangan anak sulung pasangan selebriti ini.
Dalam sibuk menerima kunjungan beraya daripada sahabat andai yang terdiri daripada selebriti, terbaru Sari Yanti sempat berkongsi satu video mengenai anaknya, Dariya Inara di laman Instagram miliknya.
Video tersebut telah dimuatnaik beserta dengan kapsyen pendek “My Darling Eya Eya girl..‘.
Pelbagai reaksi dan komen telah diberikan oleh netizen di laman Instagram Sari Yanti. Rata-rata netizen memuji Sari yanti semakin cantik selepas ada baby. Malah, netizen turut memuji Dariya baby yang sangat comel dan wajahnya saling tak tumpah dengan wajah abahnya, Jep.
VIDEO :
Tengok banyak-banyak, ulang-ulang
Cantiknya Sari Yanti, untung Jep
Makin ada baby makin lawa
Sumber : Instagram Sari Yanti
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady