[VIDEO] Mengamuk Di Pusat Mengundi, Ini Penjelasan Azwan Ali & Minta Pihak Bertugas Untuk Tidak Melakukan Kesilapan!

Seperti yang semua tahu, hari ini merupakan hari penting bagi seluruh rakyat Malaysia menentukan masa depan negara.

Pasti ramai yang keluar dan menunaikan kewajiban. Tidak kira lah sama ada rakyat biasa mahupun kalangan selebriti.

Namun dalam kesibukan orang ramai mengundi, Azwan Ali telah bertindak berani bersuara tentang ‘sesuatu’ benda pelik yang berlaku sewaktu dia mengundi gara-gara dikatakan sengaja bikin kecoh dan mengamuk di pusat mengundi.

“Saya perasan ada sesuatu yang tidak kena, kerana kotak oren tiba-tiba mereka tulis negeri, you got it? Kau sekolah tak? SRP lepas tak?

 

“Kotak yang kuning pula diorang tulis parlimen jadi saya tak sedap hati. walaupun bukanlah tugas saya untuk periksa tetapi saya sangat professional!

 

“Saya tanya petugas dan mereka mengiakan, tetapi ada lagi seorang petugas perasan dan kata eh kau salah ni, parlimen yang ini….

 

“Jadi why bother, why bother, itu bukan masalah saya tetapi concern saya, SPR jangan main-main, ini nyawa hidup atau mati.

 

“Bila kamu salah buat seperti itu, macam mana rakyat nak respect, itu yang orang kata saya datang mengamuk, saya bukan mengamuk tak pasal-pasal.

 

“Macam mana rakyat nak percaya kotak tu sedangkan kotak itu telah salah dilabelkan. SPR bangun! Bangun! Bangun! Itu sahaja,” jelas Azwan ali apabila dikatakan telah mengamuk di tempat mengundi.

MH difahamkan Azwan Ali telah tiba di pusat mengundi seawall 7.44 pagi dengan berjubah serba putih di Sekolah Kebangsaan Klang Gates, Jalan Klang Gate.

Azwan Ali juga merupakan Calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.

 

 

Sumber: MH


Apa Kata Anda?