Video MrGrey belanje lagu jiwang tangkap leleh, Jom dengar

PELAKON Fendy Bakry yang dikatakan mengalami penyakit misteri menjelaskan dia kini dalam keadaan sihat dan bukanlah sakit teruk seperti yang dihebohkan selama ini. Fendy, 30, berharap peminatnya dapat mendoakan yang baik-baik supaya dia boleh kembali sihat.

“Assalammulaikum kesayangan abang. Untuk makluman semua abang sihat saja kat sini. Sakit pun cuma sikit saja. “Tak ada la sampai teruk sangat macam yang hangpa (kamu) tengok tu. Ironman pun boleh sakit, takkan la abang yang macam ni tak boleh sakit.

“Cuma sekarang, mendoakan saja la yang baik-baik untuk abang. Insya-Allah abang okey,” tulis Fendy. Fendy menjelaskan keadaannya sekarang menerusi laman Instastory dan turut memuat naik foto terbaharunya.

Fendy sebelum ini dilaporkan menjalani rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar iaitu pada Isnin lalu. Namun, pelakon drama bersiri Mr. Grey itu dibenarkan keluar hospital dan pulang berehat di rumah di Perlis pada Khamis.

Tambah Fendy lagi, dia berharap peminatnya jangan mempercayai berita mengenainya yang tidak sahih. Kata Fendy, dia akan berkongsi cerita sebenarnya sebaik sahaja keadaan kesihatannya kembali pulih sepenuhnya.

Jom kita tengok Mr Grey belanja lagu :

Cepat sembuh aBam @fendybakry .. nak tengok lagi live nyanyi2 mcm ni ???????? • • • Regrann from @sephia_kuantan – tetiba rasa rindu pulak kan ???????? nah akak belanja abam nyanyi ???????????? #campakbelakang 2017 . Macam salah lirik je abam ???? @fendynisme (kak tumpang trobek video lama abam naa) . . . #prayforfendybakry #rinduabamfendybakry #fendybakry #fendynisme #hangsentiasadalamdoakami #kenangabamdalamdoaku #kenangdakudalamdoamu #doayangbaikbaik #powerofdua

A post shared by Salina Tun (@sallynatun) on

Sebelum ini, Fendy dilaporkan mengalami sakit kepala dan lemah badan sewaktu menjalani penggambaran drama Mr Grey terbitan Global Station.

Menerusi laporan mStar Online pada 26 April lalu, kakaknya Fahaniza berkata, Fendy berada di kampung halamannya di Perlis bagi mendapatkan rawatan perubatan secara Islam.

Dia dikatakan berada dalam keadaan lemah sehingga tidak mampu menjawab panggilan telefon.

Sebelum ini Fendy sudah mendapatkan rawatan pakar di hospital namun keadaannya masih sama.

Sumber : Mstar & IG Sallynatun / rimbabara.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?