[VIDEO] “Over Lah Pak Azad! Perut Cover Bang…”- Lebih 340K Tontonan, Telatah Azad Menjadi Model Raya Bikin Netizen Mengekek

Pasangan romantik Eira Syazira dan Azad Jazmin atau nama penuhnya Azad Jazmin John Louis Jeffri tak perlu diperkenalkan lagi. Pasangan ini aktif di laman sosial dan diketahui sering memuat naik aksi lawak yang mencuit hati.

Pasangan ini telah memiliki tiga orang cahaya mata perempuan yang cantik iaitu Amarra Sofea Rose, Ameisya Leanne Rose dan Areisya Suri Rose. Mempunyai tiga orang anak tidak menghalang pasangan ini beraksi lucu untuk menghiburkan peminat.

Semalam, Eira telah memuat naik satu video yang buat netizen tidak kering gusi iaitu kelakuan suaminya seolah-olah menjadi seorang model. Namun, apa yang buat netizen tak tahan gelak ialah perut Azad yang menonjol ke depan.

Model raya 2018 @azadsyazirarose ????????????????

A post shared by E I R A S Y A Z I R A (@eirasyaziraofficial) on

Video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 344 ribu dan rata-ratanya peminat terhibur dengan gelagat Azad yang masuk air. Sehinggakan orang yang melihat pasti akan turut tergelak sama melihat perangai gila-gila Azad.

Berikut merupakan komen yang di tulis oleh netizen.

Peha melimpah, perut melimpah…

Perut cover sikit pak Azad…

Sumber: IG Eira Syazira

KisahDunia.COM


Apa Kata Anda?