[VIDEO] “Tudia Kedekut Taik Hidung Masin Wooo…”- Lawak Habis! Gelagat Tiga Beradik Bikin Netizen Pecah Perut

Siapa yang tidak mengenali Erma Fatima atau lebih popular dengan gelaran Mak Cun. Erma merupakan seorang yang sangat popular dalam bidang perfileman di Malaysia. Erma Fatima merupakan kakak kepada Ummi Aida dan Betty Rahmad.

Selain itu, Erma Fatima juga turut mempunyai kerjaya lain seperti pelakon, pengarah filem, penerbit dan penulis skrip. Umum mengetahui Erma seorang yang sangat peramah dan pandai menghiburkan orang sekeliling dengan lawak bersahaja.

Baru-baru Erma telah memuat naik satu video di laman Instagrmnya yang memiliki sebanyak 595 ribu pengikut. Video yang dimuat naik berdurasi satu minit, apa yang membuat netizen tidak kering gusi ialah perlakuan tiga beradik ini yang sangat akrab dan pandai menyampaikan mesej sikap sesetengah ‘individu’ iaitu tidak melayan budak-budak di hari raya.

Jangan berperangai ‘kedekut’ di hari raya.

Hangpa jgn buat lagu ni tau…budak2 nk mai beraya bukak pilah pintu tu..bg depa seronok mkn dpt duit raya…???????????????? #loklaqraya

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

Video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 48 ribu dan rata-rata netizen dan rakan artis turut terhibur dengan kelakuan tiga beradik ini.

Hahaha. Jangan kedekut ler…

Ni memang loklaq… bertabahlah budak-budak…

Kelakornya tapi best lah… 

Sumber: IG Erma Fatima

KisahDunia.COM


Apa Kata Anda?