[VIDEO]”Hahaha! Mak Cik Kan Mak Cik Bawang! You Memang Win!”-Telatah Sakinah Jual Sayur Bikin Netizen Terhibur!

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon hangat yang sentiasa tidak lari daripada menerima kontroversi panas mengenai dirinya dalam industri hiburan, Sharifah Sakinah. Telatahnya yang dikatakan gedik oleh netizen namun tetap menghiburkan hati. Sakinah juga merupakan antara selebriti banyak yang memberi pengaruh dalam laman media sosial Instagram. Lebih-lebih berkaitan dengan penjagaan kesihatan tubuh badan.

Sakinah memang seorang selebriti yang menitik beratkan berat badan dan suka mengamalkan pemakanan yang sihat. Lihat sahaja Instagramnya pasti banyak gambar dan video dia sedang bermain gym. Baru-baru ini Sakinah telah menarik perhatian netizen dengan memuatnaik video dia berlakon menjual sayur kepada orang kampung. Video tersebut telah dimuatnaik beserta dengan kapsyen lawaknya “YB Kinah turun padang. Ajar mak cik bawang beli makanan sihat. Makan bawang sihat membawang tak sihat..“.

Dalam videonya, sempat juga Sakinah mengatakan makanan yang sihat tak mahal, yang mahalnya ayam. Memang lawak habis Sakinah. Dia turut menekankan sayur petai mampu mengurangkan kencing manis. Part “mak cik kan mak cik bawang” memang win daripada Sakinah.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut telah memberikan pelbagai reaksi dan komen lawak di laman Instagram Sakinah. Netizen juga terhibur cara Sakinah melayan mak cik-mak cik bawang tersebut. Memang kena sangat gaya dia dengan cara kehidupan kampung.

Sakinah ajar mak cik bawang beli makanan sihat…

VIDEO

YB kinah turun padang… ajar makcik bawang beli makanan sihat . Makan bawang sihat membawang tak sihat.

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Kepoh sangat…

Sentiasa terhibur…

Sehari tak boleh bagi aku tak gelak…

Mak cik bawang…

Sumber: IG Sharifah Sakinah

KisahDunia.COM


Apa Kata Anda?