Wajah mirip arwah Adam ketika kecil, Syazwan Zulkifly turut berasa kehilangan

Sejak beberapa hari lalu, tragedi yang menimpa bayi lelaki berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi menjadi bualan hangat yang dibincangkan di laman media sosial.

Tidak ketinggalan beberapa selebriti tempatan juga berkongsi perasaan sedih dan kecewa mereka berkenaan kejadian menyayat hati tersebut.

Terbaru, pelakon Syazwan Zulkifly turut meluahkan rasa simpati terhadap bayi yang dijumpai mati di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor itu.

Apatah lagi wajah pelakon filem Juvana itu dikatakan mirip dan serupa dengan arwah Adam ketika dirinya masih kecil.

Ramai kenalan dan ahli keluarga saya mengatakan wajah arwah adik #adamrayqal iras2 wajah saya masa kecil..huhuhu…Takziah buat keluarga arwah adik adam. Semoga kuat menghadapi dugaan Allah ini..Kepada mereka yang bertanggungjawab keatas apa yang pada arwah, saya berharap mereka dihukum setimpal dengan apa yang meraka lakukan. Harapan saya, Jangan la ada lagi perkara yg tiada kemanusian seperti ini berlaku di negara kita ataupun dimana2..yang membezakan manusia dengan binatang adalah akal fikiran..Alfatihah untuk adik Adam Raykal..

A post shared by Syazwan Zulkifly (@syazwanzulkifly) on

“Ramai kenalan dan ahli keluarga saya mengatakan wajah arwah adik #adamrayqal iras2 wajah saya masa kecil…

“Takziah buat keluarga arwah adik adam. Semoga kuat menghadapi dugaan Allah ini…

“Kepada mereka yang bertanggungjawab keatas apa yang pada arwah, saya berharap mereka dihukum setimpal dengan apa yang meraka lakukan,” tulisnya menerusi posting tersebut.

“Harapan saya, jangan la ada lagi perkara yang tiada kemanusian seperti ini berlaku di negara kita ataupun dimana2.

“Yang membezakan manusia dengan binatang adalah akal fikiran. Al-Fatihah untuk adik Adam Raykal,” kata pelakon berusia 31 tahun itu menerusi posting di laman Instagram miliknya.

Sumber : Syazwan Zulkifly / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?