Walaupun tidak dapat hadir ke AME 2018, 4 pemenang ini meluahkan rasa syukur di Instagram

Menobatkan penyanyi Khai Bahar sebagai Anugerah Top Top MeleTOP bagi kategori Lelaki dan Neelofa sebagai penerima Anugerah Top Top MeleTOP Wanita pada malam tadi adalah diiktiraf diatas udian 100 peratus daripada peminat.

Majlis berprestij Anugerah Meletop Era 2018 (AME 2018) itu diadakan bertujuan untuk memberi penghormatan dan sokongan kepada para artis diatas kejayaan mereka dalam dunia industri hiburan tempatan.

Namun, terdapat juga pemenang yang tidak dapat hadir ke AME 2018 atas sebab-sebab tertentu, walau bagaimanapun, mereka tidak ketinggalan untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih menerusi akaun instagram masing-masing.

1. Nur Fazura.

Fazura yang telah meraih anugerah bagi kategori Bintang Filem MeleTOP sekaligus membawa wang tunai bernilai RM5,000 dan sebuah trofi.

Namun, kehadiran beliau tidak kelihatan kerana beliau kini sedang sibuk mempromosikan produk kecantikannya iaitu TruDolly di Mood Republik, Kuching, Sarawak. Walau bagaimanapun, Iman Tang selaku pengurus Fazura telah mewakili anugerah berkenaan.

Difahamkan, beliau telah berangkat ke Jakarta pagi tadi kerana mempunyai hal-hal tertentu.

2. Sari Yanti.

Tahniah kepada pasangan Sari Yanti dan Jep Sepahtu kerana memenangi kategori Couple MeleTOP.

Kehadiran mereka tidak kelihatan kerana Sari kini sarat mengandung dan perlukan rehat secukupnya.

3. Johan.

Beliau memenangi kategori penyampai radio MeleTOP. Namun, beliau tidak dapat hadir ke AME 2018 atas hal tertentu.

4. Siti Nurhaliza & Faizal Tahir.

Tahniah kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir kerana telah memenangi anugerah Grup/Duo MeleTOP bagi lagu Dirgahayu.

Kehadiran mereka tidak kelihatan kerana Siti kini masih dalam keadaan berpantang dan perlukan rehat yang secukupnya.  Manakala, Faizal kini berada di Syria bagi membantu rakyat disana (aktiviti solidariti).

#Syria is in dire n critical condition. I am out of words to describe this. It goes on and on and on every single day without any rest. And yesterday the Assad regime started using gas bombs to flush out hiding citizens. Please, spread and share this. Your du’a and prayers are much appreciated. May Allah reward you for helping to share n spread this. #Repost @saniarabyalkahery ・・・ … SYRIA TADI!!! SUASANA CEMAS BEGINI YANG PERLU TEAM PENYELAMAT, DOKTOR DAN AKTIVIST KEMANUSIAAN LALUI SAAT BERADA DI DALAM SYRIA . Team Rescue Syria(MAPIM) telah menghantar bantuan terdesak berupa makanan, selimut, khemah, heater, ubatan pada 2 fasa yang lalu dan akan masuk menghantar bantuan khas kepada saudara pelarian Ghoutah yang baru tiba sehelai sepinggang di bandar Idleb, Syria . KITA MASIH KEKURANGAN RM600,000 DANA BANTUAN KILAT KEPADA PELARIAN GHOUTAH YANG BARU TIBA DI IDLEB-SYRIA . Keperluan ubat-ubatan, kemudahan asas, ambulance dan klinik bergerak sangatlah terdesak. MAPIM sedang berusaha untuk mengumpul bantuan kecemasan untuk penghantaran dalam Misi Kecemasan Rescue Syria kali ke 10 awal April 2018 ini. Berikut yang boleh dibantu: – RM2500 satu khemah pelarian – RM5000 satu bahagian wakaf ambulance – RM5000 satu bahagian wakaf telaga air – RM1000 bantuan ubat-ubatan – RM200 bantuan food pax utk 1 bulan – RM200 bantuan selimut . HASBUNALLAH WANIKMAL WAKEEL . MAPIM-TURKEY lancar pusat bantuan kecemasan di dalam Syria cuba bersedia menerima 400,000 pelarian baru Hama, Idleb, Ghoutah, – Syria. —————————————- 2 CARA UNTUK MENYUMBANG KE DANA BANTUAN KECEMASAN RESCUE SYRIA (MAPIM) —————————————- 1. Saudara yang prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX): . INFAQ SEKARANG ▶ www.tabungsyria.com INFAQ SEKARANG ▶ www.tabungsyria.com INFAQ SEKARANG ▶ www.tabungsyria.com . ATAU . 2. Salurkan Sumbangan Menerusi Maybank Islamic SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM) Akaun No : 562834636987 . Boleh emailkan slip sumbangan kepada admin@tabungsyria.com atau send whatapps ke no 017-4744-030 . Jazakallah @Saniarabyalkahery Ketua Misi Bantuan Kecemasan RescueSyria (MAPIM

A post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir) on

 

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada para pemenang.

 
Sumber; Ohmymedia

 
 
 


Apa Kata Anda?