‘Ya Allah, hebatnya awak!..’ – Sesi ujian hafazan, kehebatan anak Norman Hakim hafal al-Quran dikagumi

Pernah menangis ketika menghantar anaknya ke Turki bagi memulakan pengajian hafazan, namun kini pelakon Norman Hakim boleh menarik nafas lega apabila kehebatan Mohamed Danish Hakim menghafal dan membaca al-Quran dipuji netizen.

Terbaru, pelakon drama bersiri Gerak Khas itu telah berkongsi sebuah video yang dihantar oleh anaknya yang berusia 15 tahun itu dengan memuat naik rakaman tersebut di laman Instagram miliknya.

Abang @danishhakim_243 called pkl 1.30am lepas dah call mama dia tadi,saja bgtau yg dia baru bukak puasa (8.25pm) kat Turki since tiap2 hujung minggu dia baru dpt phone . . Sambil tu dia hantar video ni, 'pre-exam test' atau terms kat sini orang panggil 'sesi tebuk' hafazan yg mana Ustaz dia kat sana bukak je muka surat mana2 dan baca,pastu dia kena sambung.Dia tanya pendapat saya 'ok tak pa?' Saya hanya mampu jawab 'papa dgn keluarga kat sini sentiasa doakan utk abg buat yang terbaik…' . . Bulan 7 nanti ujian utk dia yg sebenar,lebih kurang mcm ni la nanti.Mohon sama2 doakan utk abang @danishhakim_243 sentiasa istiqomah dalam pelajaran & hafazan dengan izin dariNya . . Lillahita'ala kekuatan saya utk terus berkempen utk acara macam #QuranHour dan yg sewaktu dgn perjuangan Islam datang dari anak ini.Semangat saya yg berkobar datang dari dia.Semoga saya terus kuat & istiqomah jugak demi perjuangan anak ini Aamiin Ya Rabb❤️

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

“Abang @danishhakim_243 called pukul 1.30am lepas dah call mama dia tadi, saja bagitau yang dia baru bukak puasa (8.25pm) kat Turki since tiap2 hujung minggu dia baru dapat phone.

Sambil tu dia hantar video ni, ‘pre-exam test’ atau terms kat sini orang panggil ‘sesi tebuk’ hafazan yang mana Ustaz dia kat sana bukak je muka surat mana2 dan baca, pastu dia kena sambung. Dia tanya pendapat saya ‘ok tak pa?’ Saya hanya mampu jawab ‘papa dengan keluarga kat sini sentiasa doakan untuk abang buat yang terbaik…’.

Bulan 7 nanti ujian untuk dia yang sebenar, lebih kurang macam ni la nanti. Mohon sama2 doakan untuk abang @danishhakim_243 sentiasa istiqomah dalam pelajaran & hafazan dengan izin dariNya.

Lillahita’ala kekuatan saya untuk terus berkempen untuk acara macam #QuranHour dan yang sewaktu dengan perjuangan Islam datang dari anak ini. Semangat saya yang berkobar datang dari dia. Semoga saya terus kuat & istiqomah jugak demi perjuangan anak ini Aamiin Ya Rabb,” katanya.

Video ujian percubaan menghafaz berdurasi satu minit itu kemudiannya menarik perhatian pengikut Norman yang rata-rata memuji kesungguhan dan kemerduan suara anaknya mengalukan ayat-ayat suci al-Quran.

Tidak kurang ada juga yang menitipkan doa buat Danish yang juga anak kepada Abby Abadi itu dengan mengucapkan selamat maju jaya untuk peperiksaan akhir yang akan datang.

Hebatnya awak Danish!

Sedap bacaan dia…

Syahdu dengar bacaan…

Semoga mudah untuk menghafaz…

Sejuk perut ibu mengandung!

Tahniah atas didikan!

Sumber : Norman Hakim / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?