“Ya Allah! Tak Seberapa Lah Ni, Atok Berbelanja Untuk Cucu Selalunya Memang Gitu” – Linda Onn Teruja, Anak Terima Banyak Hadiah Daripada Pak Nil

 

Siapa tidak kenal dengan penyampai radio dan hos popular, Linda Onn atau nama sebenarnya Rozlindah binti Onn.

Pada 25 Februari lalu, Linda selamat melahirkan cahaya mata sulungnya yang diberi nama Ungku Zara. Hasil perkahwinannya bersama pasangan, Ungku Azhar.

Menerusi akaun Instagram peribadinya, Linda telah berkongsi satu video keterujaannya apabila menerima banyak hadiah daripada Datuk Aznil Hj Nawawia atau lebih dikenali sebagai Pak Nil.

Momen-momen tersebut sempat dirakam dan dikongsikan sendiri oleh Linda menerusi laman Instagram miliknya @lindaonn7.

Oh my god!!! Ya Allah!!! Ungku Zara is a very very lucky girl! Dapat hadiah daripada Pak Nil. Bukan satu, bukan dua.. tapi banyakkk !! Thank you @aznilnawawihm!!! Mummy Zara yang excited gilaaaa tengok barang2 cute ni. Pak Nil adalah tetamu undangan seterusnya dalam @lindaonntabletalk. Nantikan temubual tanpa henti heart to heart daripada pengacara No.1 Malaysia dan Linda dalam #LindaOnnTableTalk. Satu penghormatan dapat bersama Pak Nil di #LOTT. Jangan lupa subscribe YouTube channel "Linda Onn Table Talk" dan follow ig @lindaonntabletalk. Now you know why Everybody Loves Raymond… oops not Raymond, Pak Nil!! ????????????????

A post shared by Linda Onn (@lindaonn7) on

Para netizen turut membanjiri ruangan komen. Rata-rata memuji sikap Pak Nil yang sangat baik hati dan sangat suka kepada kanak-kanak.

Pak Nil memang best, i adore him!

Wah! Bestnya Zara. Semakin murah rezeki Pak Nil.

Untunglah.. Syukur rezeki baby.

Murah Rezeki Ungku Zara dapat hadiah dari paknil bestnyaaa.

Bagusnya Pak Nil… Semua kanak-kanak sayang dia.

Semoga Pak Nil dimurahkan rezeki pada masa akan datang.

Sumber: Instagram @lindaonn7

 

Kredit: Kisah Dunia / ceritadunia


Apa Kata Anda?

1 Trackback / Pingback

  1. “Ya Allah! Tak Seberapa Lah Ni, Atok Berbelanja Untuk Cucu Selalunya Memang Gitu” – Linda Onn Teruja, Anak Terima Banyak Hadiah Daripada Pak Nil – Citer Viral dan Unik

Comments are closed.