Ajal bakal pengantin di pantai .. lagi beberapa bulan syuk akan berkahwin (8Gambar)

Kota Tinggi : Sungguh tidak disangka oleh insan-insan yang mengenali Syuk atau  Mohamad Syukri Kamalludin,permergiannya ke Pantai Tajung Balau bertukar tragedi apabila dia maut lemas.

Mengikut rakan nya yang dikenali dengan Mysara,  Syuk dan pasangan nya yang dikenali dengan nama Fadzliena lagi beberapa bulan akan melangsungkan majlis kahwin mereka.

Tidak disangka sama sekali Syuk akan pergi dahulu sebelum hari bahagia nya bersama pasangan nya, apa yang berlaku amat mengudang pilu.

Akhbar melaporkan seorang lelaki maut manakala rakannya nyaris lemas ketika mandi di pantai Tanjung Balau pagi tadi.

Mangsa yang maut dikenali Mohamad Syukri Kamalludin, 24, beralamat di Taman Nusantara, Bandar Nusajaya dikatakan datang bersama beberapa rakannya ke kawasan peranginan tersebut.

 

Manakala rakannya yang nyaris lemas dikenali Mubammad Danial Rezeki, 20, beralamat di Batu Caves, Selangor.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kota Tinggi, Mohd Sarul Nizam Khirudin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi apabila kedua lelaki berkenaan turun ke pantai untuk mandi.

Menurutnya, lima minit kemudian mangsa dipercayai lemas dan seorang pengunjung yang menyedari kejadian memanggil anggota APM untuk bantuan.

“Seorang penyelamat Kejora bersama empat anggota kita pergi ke tempat kejadian dan mendapati seorang mangsa terapung seterusnya berjaya diselamatkan. Seorang lagi mangsa didapati hilang dan selepas pencarian dilakukan akhirnya mangsa timbul di permukaan air pada jam 8 pagi.

“Anggota kita juga cuba melakukan rawatan pertolongan cemas (CPR) ketika mangsa dibawa naik ke persisiran pantai namun mangsa didapati tidak memberi respons dan disahkan meninggal dunia,” katanya.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk siasatan lanjut.

Semoga keluarga Syuk terutama Fadzliena tabah dengan apa yang terjadi, yang maha esa lebih sayang kan Syuk moga syuk tenang disana. Al fatihah.

 

Sumber; accidentportal.net


Apa Kata Anda?