Akhirnya peti besi lama dari kediaman Najib Razak berjaya dibuka

KUALA LUMPUR: Peti besi di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Jalan Duta di sini,  yang dikatakan tidak pernah dibuka sekian lama berjaya dibuka.

Difahamkan dua tukang kunci ditugaskan untuk membuka peti besi yang berada di tingkat satu kediaman itu.

Menurut sumber, peti besi lama keluarga itu tidak dapat dibuka sebelum ini kerana kuncinya telah hilang.

“Tugasan buka peti berkenaan telah selesai dan peti besi itu mengandungi wang tunai,” katanya enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun,difahamkan jumlah wang tunai itu masih belum dapat dipastikan.

 

 

Sumber: Astro Awani


Apa Kata Anda?