‘Alhamdulillah, Nur Aisyah ditemui selamat’

Bayi berusia 17 bulan, Nur Aisyah Hasmizan yang dilaporkan hilang di rumahnya awal pagi tadi berjaya ditemui kira-kira 5 petang ini.

Mangsa ditemui oleh anggota polis yang melakukan pencarian menggunakan unit anjing pengesan di dalam semak di lokasi yang tidak dinyatakan.

Polis turut berjaya menahan seorang lelaki warga asing iaitu suspek yang bertanggungjawab melarikan mangsa.

Dalam kejadian pukul 4 pagi tadi, Nur Aisyah Hasmizan dilarikan oleh penyamun yang menceroboh rumahnya ketika ibu bapanya sedang tidur.

Mangsa disedari hilang oleh ibunya yang ketika itu bangun untuk menyiapkan makanan untuk anak sulung bersahur.

ARTIKEL BERKAITAN; ‘Tolong sebarkan sampai Aisyah ditemui’ – Bayi perempuan diculik, ibu minta bantuan orang ramai

Smber; Sinar Online / Mstar

Sumber: Source


Apa Kata Anda?