Anwar bebas hari ini – Nurul Izzah

Anwar dan Nurul Izzah di hospital. -foto Twitter Anwar

KUALA LUMPUR: Hospital Rehabilitasi Cheras yang menempatkan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perhatian petugas media dan penyokong Pakatan Harapan (PH).

Ia berikutan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Anwar telah mendapat Pengampunan Diraja hari ini dan akan dibebaskan segera.

Petugas media tempatan dan antarabangsa mula berkumpul di sini seawal jam 12 tengah hari.

Anak perempuan Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar ketika ditemui berkata, beberapa dokumentasi perlu diselesaikan.

“Insyaallah. Akan dibebaskan hari ini.-SinarHarian

Berdasarkan laman Twitter Anwar, turut disertakan gambar Nurul Izzah bersama bapanya di hospital berkenaan.

Gambar itu juga mencatat kapsyen ringkas – “Menuju kebebasan”.

Selain itu, satu poster gambar bekas timbalan perdana menteri itu juga dimuat naik dengan kapsyen – Hari ini. InsyaAllah #AnwarBebas #Kitamenang

 

Sumber: Mstar


Apa Kata Anda?