[VIDEO] Perdana Menteri Kanada Dipuji Tak Salam Wanita Bertudung, Lawatan Di Kedai Makan Disanjung Rakyat Singapura

(Skroll ke bawah untuk tonton video penuh)

Mungkin ada segelintir daripada kita tak tahu bahawa negara Kanada mempunyai pemimpin yang kacak. Bahkan, Perdana Menteri dari negara tersebut, Justin Trudeau ini seorang yang rendah diri dan berjiwa rakyat. Lawatannya ke Singapura ternyata dikagumi oleh rakyat setempat.

Dia dilihat melawat ke kawasan gerai makan di sekitar Jalan Adam dengan berkemeja putih melayan semua pengunjung disitu. Berpakaian kasual sambil selfie dengan  penduduk setempat.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau terbang ke Singapura bagi menghadiri Sidang Puncak ASEAN dan turut mengambil kesempatan memberi penghormatan kepada moyangnya, Esther Bernard di Taman Fort Canning, Singapura.

Dalam pada itu, beliau turut menjalankan misi peribadi, turun padang ke pusat penjaja untuk beramah-mesra dengan masyarakat di sana.

Orang ramai yang terkejut dengan kedatangan itu tidak melepaskan peluang untuk berbual dan bergambar dengan Trudeau.

Walau bagaimanapun, satu klip video melibatkan beliau tular di media sosial apabila beliau dilihat sangat santun berbual bersama masyarakat di sana dan menegur setiap pengunjung di kawasan kedai makan di Bukit Timah.

Video berdurasi 50 saat itu menyaksikan Trudeau dengan pakaian kasual berhenti di sebuah meja makan dan bersalam dengan seorang lelaki tua di meja berkenaan.

Apa yang menariknya, beliau memberi bahasa tubuh yang seperti menghormati wanita bertudung untuk tidak bersalam sambil menyentuh dadanya.

Seorang penjual di kedai berkenaansempat membekalkan PM Kanada itu dengan beberapa bungkus nasi lemak untuk dibawa pulang ke hotelnya.

VIDEO :

Canadian PM Justin Trudeau visits Adam Road hawker centre

SPOTTED: Canadian Prime Minister Justin Trudeau visiting the Adam Road hawker centre early this morning.

Posted by Channel NewsAsia on Thursday, November 15, 2018

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Siakapkeli


Apa Kata Anda?