[5 FOTO] “Anak Yang Baik, Selalu Peluk Cium Saya,” Emak Remaja Hilang Luah Rasa Rindu

Tiada apa yang lebih memilukan apabila diduga dengan kehilangan anak. Perginya pula dalam satu kemalangan yang pastinya memberikan satu kenangan perit untuk ditelan. Namun sebagai hambanya, tiada upaya untuk menolak akan takdir Illahi.

Inilah perasaan yang dilalui oleh Mariam Sanani binti Harun. Kehilangan anaknya, Amir Hamzah ibarat wira yang perlu disanjung dan diberi pujian kerana baik budinya.

 

Anak bongsunya ini pergi meninggalkan dirinya selepas niat murninya membantu sebuah kereta yang kemalangan di Lebuhraya 14.5 NKVE pada 12 Oktober lalu dalam hujan lebat pada jam 4 pagi tanpa menyedari ada bahaya yang mendatang

(Gambar atas) Emak Amir tiba di perkarangan Hospital Shah Alam bagi menuntut jenaz4h petang tadi. Namun tidak boleh dibawa pulang lagi sehingga padanan dna dilakukan yang mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hari lagi.

Difahamkan Amir tercampak ke dalam Sungai Kayu Ara di lokasi kemalangan selepas terlambung kira-kira 20 meter selepas dilanggar sebuah lori simen yang menghentam kereta terbabit sehingga mengakibatkan dua kem4ti4n.

Kemalangan ng3ri itu tidak berakhir begitu sahaja kerana belum sempat berfikir, dua lagi lori menghentam lori tersebut sehingga mengakibatkan kemalangan ng3ri terjadi.

Ternyata, pelajar yang baik hati ini, sepatutnya menerima segulung diploma selepas tamat pengajian di Cybernetic Internasional Kolej Technology  pada hari kejadian, hanya ditemui may4tnya lima hari kemudian di kunci air Seksyen 32 Shah Alam, yang dianggarkan lebih dari puluhan kilometer dari lokasi awal kemalangan

Baju merah kesukaan Amir inilah yang ditemui pada may4t semasa proses pengecaman tadi. Namun pihak polis masih memerlukan dna ibunya untuk pengesahan dan perlu menunggu 3 hari lagi.

Pemergian ini, biar menyedihkan tapi dia redha. Redha kerana Allah masih memberi peluang untuknya menziarahi kubur biar sudah 5 hari hilang sebelum ditemui. Hari lahir anaknya ke 22 tahun yang jatuh pada 1 November, hanya bacaan doa mampu dipautnya.

Kakak baby antara yang menjaga Amir sejak pemuda itu berusia dua tahun lagi dan hubungan mereka cukup rapat. Malah katanya Amir sempat menghubunginya seminggu sebelum kejadian dan berkata, itulah kali terakhir dia akan meminta pertolongan dari emak saudaranya ini. Ternyata ianya menjadi kenyataan.

Tinjauan REMAJA di Hospital Shah Alam tadi, lokasi di mana jen4zah Amir Hamzah dipercayai ditempatkan. Tidak menangis dan dilihat kuat kerana tidak mahu dilihat bersedih, biar jenaz4h anaknya belum diberi kebenaran keluar lagi tapi naluri keibuannya berkata “I know, its him”. Itulah jawapan Mariam tatkala ditanya.

Kata ibu anak enam ini lagi, anaknya memang anak emak, selalu memeluk dan menciumnya. Malah berjanji akan membelikannya macam-macam kesenangan bila sudah bekerja nanti.

“Amir dari dulu minat dalam dunia ketenteraan. Sebelum ini pergi ke temuduga tentera laut tapi tak lepas untuk ketinggian. 18 hb ini sepatutnya Amir ada temuduga akhir untuk tentera darat tapi semua itu tak sempat.

“Masa belajar dahulu, Amir pernah cakap nak jadi chef kapal persiaran mewah. Katanya gajinya dibayar dalam US Dollar dan berbaloi. Katanya lagi, bolehlah dia belikan Mamanya macam-macam.

“Doa memang anak emak. Rindu pada semua kenangan itu,” katanya yang memaklumkan dia redha namun setiap kali saudara mara dan kenalan datang mengucapkan salam takziah, air matanya pasti akan mengalir penuh sebak.

Setakat jam 7 petang tadi, biar selepas bedah siasat sudah sempurna dilakukan tetapi jenaz4h Amir masih belum dapat dikeluarkan dari Hospital Shah Alam kerana pihak polis masih memerlukan dna keluarganya.

“Saya redha, lima hari lalu saya boleh tunggu, kalau kena tunggu lagi 3 hari untuk ujian dna itu siap, saya akan tetap menunggunya,’ katanya memaklumkan dnanya sudah diambil pihak hospital untuk padanan.

Amir sudah tunjuk kelainan sebulan lalu

Jika orang muda lain teruja mendapat motosikal baru, Yamaha Y 15, namun sebulan lalu Amir Hamzah seakan tidak teruja untuk membawa motosikal baru itu.

Ini dimaklumkan oleh abangnya, Khairul Anuar yang memaklumkan sejak sebulan lalu sebelum pemergiannya, adiknya sudah menunjukkan kelainan.

Khairul Anuar yang juga abang kedua Amir dilihat agak tenang dan kuat mengatakan maayat ditemui itu adik mereka

“Bukan saja tak teruja nak pergi ambil motosikal itu di kedai tapi Amir siap cakap, dia beri motosikal itu pada seorang pakcik yang sedang membuat rumah ayahnya untuk kegunaan angkut simen.

“Memang nampak benar perubahannya. Mungkin dia sudah tahu tapi tidak mahu kami semua susah hati,’ kata Khairul yang turut membuat pengecaman may4t selepas post mortem tadi. Yakin itulah may4t adiknya yang sudah kembung selepas lima hari, tandanya adalah melalui baju merah yang dipakai Amir masih melekat pada badan may4t tersebut.

“Apa pun saya akur dengan permintaan pihak polis yang mahu dna ini dilakukan dahulu. Kubur sudah siap, begitu juga van jenaz4hnya tapi kami akur dengan arahan ini,” katanya yang mengharapkan doa dari orang ramai untuk kesejahteraan roh adiknya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : theklasik.com


Apa Kata Anda?