[FOTO] Sultan Brunei berkunjung jumpa Tun M, Putera Mateen pula yang jadi tumpuan

Nampaknya jadual Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sentiasa padat dengan urusan seharian. Terbaru, beliau menyambut ketibaan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang diiringi anakandanya Putera Abdul Mateen Hassanal Bolkiah.

Perkara itu dikongsikan menerusi laman Twitter rasmi miliknya dengan berkongsi beberapa keping gambar sepanjang pertemuan itu berlangsung dengan jayanya.

“Menerima kunjungan hormat dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah tadi di Putrajaya pada hari pertama beliau bertugas hari ini.

“Hadir sama ialah anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen. -Admin,” ujarnya menerusi posting tweet tersebut.

Menurut laporan Berita Harian Online, baginda tiba kira-kira jam 11.43 pagi dengan memandu sendiri kenderaan jenis Mercedes dengan nombor pendaftaran XIII NAM serta diiringi rombongannya.

Baginda dan anakanda berangkat meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya sekitar jam 12.55 tengah hari selepas pertemuan lebih sejam itu.

Difahamkan ketibaan Sultan Brunei menjadikan kunjungan pertama pemimpin negara luar selepas Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Sumber : Tun M , Berita Harian Online

Kredit; Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?